Tuesday, January 12, 2016

KEPUTUSAN MAHKAMAH KES RAYUAN DESA SEROJA

Desa Seroja adalah satu taman perumahan yang telah dimajukan oleh Shahira Group Development Corporation yang suatu ketika dahulu telah terbengkalai. Pembeli-pembeli taman Desa Seroja telah mendapat pembiayaan daripada bank-bank komersil dan islam. Pembeli kemudiannya telah melantik KNM Consulting Services untuk memperjuangkan nasib mereka. Pada 2012, tuan punya tanah telah menjual semula tanah tapak perumahan tersebut kepada pemaju lain tanpa kebenaran dan izin pembeli-pembeli. Pemaju baru yang telah menyiapkan rumah kemudiannya telah menuntut hak terhadap rumah dan tanah tersebut daripada pembeli asal. 

Melalui kajian forensik oleh KNM Consulting Services dan setelah mendapatkan nasihat undang-undang; pembeli telah dinasihati oleh KNM Cosulting Services untuk menuntut harta dan tanah tersebut di Mahkamah Tinggi. Tuntutan telah dibuat pada tahun 2015 dan pihak mahkamah telah menyebelahi mereka. Tuan tanah dan pemaju kemudiannya telah merayu terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah bersidang dan memutuskan untuk menolak rayuan tuan tanah dan pemaju. Hasil daripada usaha yang tanpa putus asa oleh KNM Consulting Services dan panel peguam akhirnya membuahkan hasil apabila nasib mangsa rumah terbengkalai ini telah terbela. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-2698 5768

#belasengsarahutang.blogspot.com
#www.facebook.com/perkhidmatanpengurusanKNM
#Khidmat nasihat dan bantuan akan diberikan

Selamat Pagi


Friday, January 8, 2016

SINAR HARIAN - 8/1/2016 - BANK DIDAKWA TEKAN PELANGGAN


Ditulis oleh NURULFATIHA MUAH

PERSATUAN Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank) mendakwa beberapa institusi perbankan Islam di negara ini tidak mematuhi syariah dan menekan pelanggan.

Pengerusinya, Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, hasil kajian dijalankan pihaknya selama tiga tahun mendapati, terdapat banyak masalah yang dihadapi pelanggan perbankan Islam dari segi prinsip, kontrak dan pelaksanaannya.

“Kami telah teliti sebanyak 422 kes melibatkan institusi perbankan Islam dan kes ini masih lagi berjalan serta belum mendapat penyelesaiannya,” katanya pada sidang media sempena Seminar Kewangan & Perbankan Islam dan Perlindungan & Hak Pengguna di Kuala Lumpur.

Sheikh Abd Kareem berkata, antara penemuan hasil kajian itu, sebanyak 200,000 projek perumahan terbengkalai dicatatkan sejak 1990 hingga 2011.

“Kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu merupakan peminjam daripada institusi perbankan Islam. Mereka dituntut pihak bank untuk membayar disbursement dan ada juga sesetengah bank tersebut membuat tuntutan sejumlah amaun yang tidak munasabah.

“Ia menyalahi prinsip Islam. Sepatutnya, dalam kes begini pengguna boleh mengambil tindakan terhadap bank kerana tidak dapat menyediakan rumah, sedangkan ia kepunyaan bank, namun kerana terbengkalai, bank gagal mendapatkannya,” katanya.

Selamat Pagi


Thursday, January 7, 2016

GADIS BAWAH UMUR TERSELAMAT DARI BANKRAP

Suria (bukan nama sebenar) seorang gadis bawah umur telah menandatangani satu perjanjian sewa dengan sebuah syarikat. Beliau kemudiannya telah dikenakan tindakan saman tuntutan hutang oleh syarikat tersebut sebanyak RM56,000. Hasil daripada kajian forensik yang mendalam dibuat oleh KNM Consulting Services, kami mendapati Saman Tuntutan yang difailkan terhadap beliau adalah cacat. Pertama; perjanjian tersebut tidak sah kerana Suria adalah gadis bawah umur dan kedua; terma-terma tuntutan tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Bagi kes ini terdapat dua penyelesaian yang boleh dibuat, iaitu samada mengambil tindakan mahkamah atau membuat rundingan dengan syarikat tersebut. Melalui rundingan yang di buat oleh pihak KNM Consulting Services dengan pihak yang berkenaan, pihak penuntut telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan terhadap Suria tanpa beliau perlu hadir ke mahkamah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-2698 5768

#belasengsarahutang.blogspot.com
#www.facebook.com/perkhidmatanpengurusanKNM
#Khidmat nasihat dan bantuan akan diberikan

Selamat Pagi