Tuesday, August 11, 2015

BERITA HARIAN - 18/9/2014 – SYOR HAD MUFLIS RM30,000 DIKAJI

Bank Digesa Beri Amaran, Notis Awal Elak Lebih Ramai Jadi Mangsa.

Oleh SYED AZWAN SYED ALI
syedazwan@bh.com.my

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula had muflis RM30,000 bagi mengelakkan lebih ramai rakyat diisytiharkan muflis pada usia muda. 

Jumlah pinjaman, misalnya harga sebuah kereta sudah jauh melebihi had itu, sekali gus menyebabkan lebih ramai individu boleh diisytiharkan muflis jika gagal menguruskan kewangan dengan betul. 

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar)menggesa pihak bank mengeluarkan notis amaran lebih awal selepas peminjam gagal membayar pinjaman mengikut jadual dan tidak mengikut jadual dan tidak menunggu pinjaman tertunggak sehingga melebihi had muflis RM30,000 untuk memaklumkan kepada peminjam. 

Katanya, kegagalan pihak bank memberi amaran atau notis awal kepada peminjam antara sebab ramai individu diisytiharkan muflis kebelakangan ini. 

Hubungi peminjam
“Ada kes tunggakannya melebihi dua tahun. Pihak bank sepatutnya memberi amaran dan menghubungi peminjam apabila gagal membayar pinjaman dua atau tiga bulan dan bukannya menunggu sehingga tunggakan mencecah bertahun-tahun. 

“Kita juga akui ada dalam kalangan peminjam sengaja mencari masalah dengan melarikan diri mengelakkan notis dihantar bank selain tidak mengemaskini alamat selepas berpindah. Sepatutnya pihak ini, terus ke hadapan,” katanya mengulas isu muflis yang dilaporkan BH kelmarin. 

Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan bilangan individu muflis meningkat setiap tahun dengan 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Artikel menarik :

MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

No comments:

Post a Comment