Friday, August 21, 2015

CREDIT CARD

Klien mendapat kad kredit dari Bank A yang telah tidak beroperasi kira-kira lapan (8) tahun selepas bank A telah dibeli oleh Bank B. Baki hutang Klien dengan Bank A adalah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu).

Selepas sepuluh (10) tahun, Bank B telah menuntut Klien membayar RM48,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu) dan menuntut untuk mengisytiharkan kebankrapan ke atas Klien.

Setelah KNM Consulting Services membuat penyelidikan berdasarkan semua fakta berkaitan, dan perbincangan dengan pihak bank serta Klien, keputusannya Klien hanya membayar RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) kepada bank sebagai bayaran muktamad. Fee kami hanya RM3,000.00 dan Klien jimat RM45,000.00.

Artikel menarik :




MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

Klien telah dibankrapkan oleh Bank A di atas pembelian satu rumah.

Penyelidikan KNM berjaya membuktikan; rumah tidak wujud dan tidak pernah dibina oleh pemaju. Lot tanah yang sepatutnya dibina rumah adalah satu jalan raya. Penyelidikan juga membuktikan bank telah membayar kepada pemaju walaupun rumah tidak dibina.Pemaju juga telah didapati menuntut dari Bank sedangkan mereka tidak mendirikan rumah.

Klien telah dapat satu perintah mahkamah supaya pemaju membayar balik kepada pihak bank. Walaubagaimana pun pihak bank telah meneruskan tindakan kebankrapan keatas klien. Akibatnya Klien suami isteri telah dilanda kemurungan yang teruk dan kehilangan pekerjaan. Penyelidikan mendalam telah dilakukan dan hasil penyelidikan telah diserah kepada klien, yang kemudian telah melantik peguam untuk membatalkan kebankrapan dengan jayanya. Klien juga telah berjaya mendapat balik bayaran yang telah dibayar kepada pemaju. 

Sekarang, KNM sedang membantu klien membuat tuntutan terhadap BANK yang membankrapkan mereka.

Fee RM5,000.00 ( tidak termasuk guaman)

Artikel menarik :




MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

Bank A telah mengiklankan kebankrapan Klien untuk hutang RM88,743.08 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Tiga dan Sen Lapan ).

Penyelidikan KNM Consulting Services (KNM) yang intensif dari pelbagai sudut telah berjaya membuktikan bahawa Klien telah selesai membayar semua tuntutan hutang di bank dan tindakan bank mengiklankan kebankrapan Klien di akhbar adalah satu tindakan yang salah.

Oleh itu apabila fakta-fakta hasil siasatan KNM ini diberikan kepada pihak bank, pihak bank telah menarik balik status kebankrapan Klien. Pada awalnya pihak bank agak sukar untuk memberi semua dokumen untuk siasatan, tetapi dengan mengunakan peruntukan undang-undang sediada KNM berjaya mendapatkan semua maklumat. Kerja-kerja tuntutan ganti rugi sedang berjalan. Fee RM5,000.00

Artikel menarik :




RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

Kes melibatkan Klien yang telah dibankrapkan oleh Bank A dan mempunyai rumah yang ada pinjaman di Bank B. 

Bank A menjatuhkan hukuman kebankrapan RM79,769.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sembilan Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Sembilan) dan Bank B sedang dalam proses melelong hartanya dengan nilai RM76,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Enam Ribu). Harta Klien mempunyai hutang RM55,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Ribu).

KNM Consulting Services dilantik oleh Klien. Setelah mengkaji dokumen kes, di dapati tiada kecuaian atau kezaliman dari pihak bank dan seterusnya KNM CONSULTING SERVICES memasuki perbincangan dengan Bank A. KNM Consulting berjaya mendapatkan penyelesaian muktamad RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu), jimat RM54,769.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Sembilan). Bank B bersetuju untuk membatalkan lelongan harta klien dan bayaran bulanan diteruskan oleh Klien seperti biasa. Fee yang di kenakan RM 5,000.00 sahaja.

Artikel menarik :




Thursday, August 20, 2015

200 PROTES CNN, FOX NEWS

KUALA LUMPUR : “Anugerah Kambing Hitam sememangnya layak diterima mereka,” kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) Sheikh Abd Kareem S Khadaied sebagai tanda protes terhadap laporan berita disiarkan stesen televisyen antarabangsa CNN dan Fox News yang menyelar Malaysia kononnya sebagai negara pengganas.

Abd Kareem berkata, 200 orang berhimpun secara aman dan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di jalan Ampang di sini, bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berita yang disiarkan kedua-dua stesen televisyen itu.

“Tuduhan meraka yang mengaitkan pemimpin Islam di negara ini terbabit dengan pengganas tidak benar sama sekali, malah CNN dan Fox News cuba memutarbelitkan laporan berita yang disiarkan mengenai pesawat MH370,” katanya.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang perjalanan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi sebelum beberapa hari kemudian CNN dan Fox News dilaporkan mengaitkan kejadian pesawat terhempas yang mempunyai kaitan dengan pengganas islam.

Perhimpunan yang bermula jam 2 petang itu disertai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) sebelum bersurai pada jam 3 petang.

Artikel menarik :


HARIAN METRO - 18/5/2014 - HUTANG KECIL, HUKUMAN BESAR

HARIAN METR0 - 13/4/2015 - TUNTUTAN MELAMPAU PINJAMAN

BERITA HARIAN - 17/9/2014 - MdI DIGESA KAJI SEMULA SISTEM

UTUSAN MALAYSIA - 10/1/2014 - PERBANKAN ISLAM PERLU ELAK KEKELIRUAN

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pengamal perbankan Islam perlu lebih telus dan mematuhi syariah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd. Kareem S. Khadaied berkata, beliau bimbang kerana terdapat beberapa kesalahan dan keraguan dalam pelaksanaan perbankan Islam terutama dalam sistem kiraan pinjaman.

Jelasnya, antara kesalahan itu ialah terdapat unsur-unsur keraguan melampau (gharar) dalam transaksi peminjam, prinsip al-Bai Bithaman Ajil yang tidak dilaksanakan secara betul dan berhubung soal diskaun (ibra') semasa pembelian hartanah yang dilelong.

Katanya, kaedah transaksi itu dilaksanakan secara tidak jelas dan tidak dinyatakan dalam perjanjian ataupun pada surat tawaran yang diterima peminjam.

"Ini bertentangan dengan syarat-syarat Bank Negara. Hakikat yang disembunyikan itu membolehkan pihak bank mengaut keuntungan berlebihan.

"Oleh kerana itu, kita menggesa Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia untuk mengkaji serta menyiasat secara mendalam kes-kes tersebut dan menyelesaikan permasalahan berkenaan yang bukannya perkara baharu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung pendedahan kepincangan sistem perbankan Islam di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jamal Jalaludeen dan Exco NUBE, Mohammad Saufie Othman.

Tambahnya, konsep perbankan Islam yang sepatutnya memudahkan proses jual beli kini menjadi sistem yang membebankan apabila peminjam perlu menanggung hutang sehingga ada dalam kalangan mereka disenarai hitam.

"PPIM tidak menentang perbankan Islam, cuma kami mahukan beberapa perkara diperbetulkan demi agama Islam.

"Sistem tersebut perlu diperbaiki kelemahannya dan perlu mengikut syariah Islam kerana kita tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan cara mengaburi mata orang ramai menggunakan nama Islam yang suci," jelasnya.

Katanya, walaupun PPIM telah menghantar surat kepada Bank Negara dan kertas kerja kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), setakat ini tiada inisiatif pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, seorang 'mangsa' perbankan Islam, Mohd. Fairullazi Ayub, 34, yang membuat pinjaman perumahan mendakwa terdapat unsur-unsur gharar dalam penyata yang diterimanya.

Katanya, terdapat percanggahan angka dalam penyata pembayaran pinjaman yang diragui.

Jelasnya, angka-angka tersebut berbeza daripada perjanjian dan terdapat hakikat yang disembunyikan oleh pihak bank.

"Saya telah buat aduan kepada bank berkenaan dan Bank Negara namun sehingga kini masih tiada tindakan, malah setiap kali saya hubungi untuk susulan kes, saya hanya difahamkan kes itu masih dalam siasatan," jelasnya.


HARIAN METR0 - 13/4/2015 - TUNTUTAN MELAMPAU PINJAMAN

BERITA HARIAN - 17/9/2014 - MdI DIGESA KAJI SEMULA SISTEM

Wednesday, August 19, 2015

HARIAN METRO - 23/2/2014 - TETAP TULEN TANPA HOLOGRAM

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@mediaprima.com.my

KUALA LUMPUR : "Al-Quran akan tetap tulen, walaupun tanpa hologram (imej foto grafi tiga dimensi laser).”

Itu tegas Presiden Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM), Sabariah Abdullah dalam menyatakan bantahannya terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menguatkuasakan penggunaan pelekat hologram pada setiap terbitan naskhah al-Quran. 

Berhubung perkara itu, Sabariah berkata, bermula 1 Mac ini kerajaan mewajibkan penerbit membeli hologram berharga RM1 melalui Bahagian Teks al-Quran KDN sebagai satu jaminan ketulenan naskhah yang dijual. 

Katanya, jika arahan itu tidak dipatuhi, penerbit atau pekedai akan didenda RM10,000 atau dihukum penjara.

“Setiap hologram perlu ditampal pada setiap naskhah (al-Quran) sebelum dibungkus, satu lagi beban kepada penerbit dan akan menyebabkan kenaikan harga jualan.

“Penerbit mencetak 5,000 hingga 20,000 naskhah al-Quran, ini bermakna penerbit harus menyediakan wang tunai RM20,000 untuk membeli hologram.

“Ia sangat membebankan penerbit, terutama penerbit kecil,” katanya pada sidang media khas berhubung isu ini, di sini, semalam. 

Turut Hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Ustaz Mukram Mohd Taib dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Sabariah berkata, tidak dinafikan pengawasan dan penguatkuasaan terhadap penerbitan adalah longgar, namun penggunaan hologram tidak boleh diharapkan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Persatuan (PQM) mencadangkan supaya ‘sistem perakuan betul huruf pruf (salinan percubaan) akhir teks al-Quran’ yang diguna pakai ketika ini dikekal dan diperkasakan, selain pemantauan berkala dan sistematik ke premis bercetak,” katanya.

Artikel menarik:

HARIAN METR0 - 13/4/2015 - TUNTUTAN MELAMPAU PINJAMAN

BERITA HARIAN - 17/9/2014 - MdI DIGESA KAJI SEMULA SISTEM


SINAR HARIAN - 21/2/2014 - BERCANGGAH FITRAH LELAKI

UTUSAN MALAYSIA - 23/2/2014 - HARGA NASKHAH AL-QURAN NAIK 50 PERATUS?

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Ketika rakyat merasai pelbagai kenaikan harga barangan, masyarakat Islam pula dijangka dibebani dengan kenaikan harga kitab al-Quran sehingga 50 peratus jika kerajaan meneruskan penguatkuasaan pelekat hologram mulai 1 Mac ini.

Presiden penaja Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM), Sabariah Abdullah berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana para penerbit diwajibkan oleh kerajaan membeli hologram dengan harga RM1 bagi setiap naskhah.

"Harga senaskhah al-Quran adalah daripada RM10 hingga RM300 tetapi naskhah paling banyak dijual adalah yang berharga RM10.

"Apabila penguatkuasaan pelekat hologram dijalankan oleh kerajaan maka harga RM10 senaskhah akan naik pada harga sekitar RM16 kerana peningkatan kos," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Persatuan Gabungan NGO Islam (Accin), Mukram Mohd. Taib.

Sabariah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mulai 2011 mengarahkan penerbit agar setiap naskhah kitab suci itu dilekat hologram yang dijual dengan harga RM1 melalui Bahagian Teks al-Quran KDN.

Menurutnya, bermula 1 Mac ini pula, KDN akan menjalankan penguatkuasaan dengan mengenakan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun ke atas penerbit atau pekedai yang didapati menjual al-Quran tanpa pelekat hologram.

Sehubungan itu, beliau berkata, PQM menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaan tersebut kerana peraturan itu didapati membebankan penerbit dan pengguna.

Menurutnya, kos yang meningkat adalah bagi menampung pembelian pelekat hologram, kos tambahan tenaga pekerja untuk melekatkan hologram selain pembaziran masa.

Katanya, pelekat hologram itu juga tidak dapat menjamin ketulenan al-Quran kerana kitab suci itu masih boleh dicetak rompak.

Menurut Sabariah, tidak mustahil sebahagian daripada 100 syarikat penerbitan al-Quran di negara ini berisiko untuk gulung tikar akibat kenaikan kos berkenaan.

"Penerbit mencetak 5,000 hingga 20,000 setiap cetakan, ini bermakna penerbit harus menyediakan wang tunai sehingga RM20,000 untuk membeli hologram sebelum al-Quran dapat dicetak maka ini sangat membebankan penerbit kecil," katanya sambil menambah 100 penerbit al-Quran yang mempunyai lesen itu menerbitkan 500,000 naskhah setahun.

Beliau berkata, sepatutnya KDN mempermudahkan penerbitan al-Quran bagi menggalakkan penyebaran kitab suci tersebut dan bukannya mengenakan peraturan tidak wajar yang menyusahkan penerbitannya.

Katanya, PQM mencadangkan agar KDN mengekalkan sistem cop Perakuan Betul Huruf Pruf Akhir Teks al-Quran yang digunakan selama ini dan memberikan dana bantuan kepada para penerbit.

Menurutnya, kaedah tersebut terbukti berkesan manakala pelekat hologram adalah satu kaedah yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain termasuk Arab Saudi, Jordan dan Mesir.

Sabariah berkata, PQM juga berharap dapat menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin bagi membincangkan masalah berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Pustaka Darul Iman, Mohd. Fadzil Saleh berkata, jualan naskhah al-Quran menurun antara 30 hingga 50 peratus sejak tahun lalu kerana kitab di kedainya tiada dilekat hologram.

Penerbit lain, Abdul Khaliq Abdul Malik daripada Percetakan Dar Hakamah pula memberitahu, sebanyak 2,500 naskhah al-Quran terpaksa dipulangkan oleh pekedai kerana tidak dapat dijual berikutan ketiadaan pelekat berkenaan.

Artikel menarik :

BERITA HARIAN - 17/9/2014 - MdI DIGESA KAJI SEMULA SISTEM


SINAR HARIAN - 21/2/2014 - BERCANGGAH FITRAH LELAKI

Tuesday, August 18, 2015

SINAR HARIAN - 22/2/2014 - KAJIAN MENGENAI KANDUNGAN BATIK SEDANG DIJALANKAN

PUTRAJAYA - Kajian terperinci mengenai kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik sutera sedang dijalankan oleh Panel Pakar Syariah (PPS) dan pakar tekstil setelah diarahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF). 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kajian terperinci sedang dijalankan dan akan dikemukakan kepada MJKF untuk diputuskan.

Jakim sebelum ini juga pernah mengadakan perbincangan dengan Kompleks Kraftangan bagi mendapatkan penjelasan berhubung proses dalam penghasilan pelbagai jenis batik di Malaysia, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil perbincangan itu juga akan memudahkan kajian terperinci berhubung penentuan hukum dalam isu pemakaian batik sutera ini, kata Othman.

Suka Jakim mengingatkan dan memaklumkan bahawa sesuatu hukum yang hendak diputuskan tidak boleh dibuat melalui pandangan secara rambang dan mudah tetapi memerlukan kajian yang teliti dan bersungguh-sungguh," katanya.

Semalam aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Syeikh Abd Kareem S Khadaied menggesa pengusaha batik Malaysia supaya melabelkan kandungan kain batik sutera mereka untuk menentukan ketulenannya bagi membolehkan lelaki Islam memakai pakaian yang diperbuat daripada kain itu.

Syeikh Abd Kareem berkata hasil kajian PPIM mendapati hampir 90 peratus pasaran batik sutera di Malaysia diperbuat daripada sutera tulen dan kaum lelaki Islam diharamkan memakai sutera tulen. - Bernama

Artikel menarik :

Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

Kerajaan, Kementerian Kewangan Harus Perhalusi Sistem Perbankan Islam PPIM

The Islamic Banking Deceit - Dato' Abdul Manap

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

SINAR HARIAN - 21/2/2014 - BERCANGGAH FITRAH LELAKI

SHAH ALAM - Sutera sememangnya hanya dikhususkan kepada golongan wanita sahaja dan diharamkan untuk lelaki, kata penceramah, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Katanya, sutera diharamkan bagi orang lelaki kerana ia bercanggah dengan fitrah lelaki.

"ALLAH SWT menjadikan fitrah sifat orang lelaki itu kasar, dan fitrah wanita itu lembut dan halus.

“Sebagaimana yang kita tahu, sutera adalah kain yang sangat lembut, maka ia tidak sesuai dengan sifat kejantanan, tetapi ia sesuai dengan kelembutan wanita,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya, hukum asal bagi memakai sesuatu pakaian adalah harus, sehinggalah datangnya dalil yang melarang pemakaian sesuatu jenis pakaian itu kepada lelaki.

“Jika kain yang digunakan untuk membuat pakaian adalah 100 peratus daripada sutera, maka ianya haram dipakai oleh kaum lelaki yang telah baligh.

“Tetapi peratusan sutera lebih sedikit dari campuran yang lain, jadi hukumnya harus memakainya dan lelaki boleh memakai sutera sekiranya sutera itu adalah tiruan,” katanya.

Menurutnya lagi, secara umum perkara yang haram boleh menjadi harus bergantung kepada keadaan yang mendesak individu itu terpaksa melakukan perkara yang haram.

“Dalam segi pemakaian sutera, ada beberapa keadaan yang mengharuskan lelaki memakainya ketika darurat seperti hanya ada sehelai sahaja pakaian untuk bersolat.

“Walaupun pemakaian sutera ini dikhususkan hanya kepada wanita, tetapi jangan sampai mendatangkan hukum haram seperti menunjuk-nunjuk dan pakaian itu mendedahkan aurat,” katanya.

Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.

PPIM menggesa masyarakat lelaki Islam di negara ini prihatin akan pakaian yang dipakai terutama ketika majlis rasmi atau hari-hari tertentu yang diwajibkan memakai pakaian dari jenis tersebut.




UTUSAN MALAYSIA - 15/3/2014 - AMALAN BIAYAAN RUMAH ANIAYAI PENGGUNA – PPIM

KUALA LUMPUR 14 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa wujud amalan tidak sihat dalam sistem pinjaman perumahan oleh kebanyakan bank di negara ini yang menyebabkan pengguna menjadi mangsa.

Hasil kajian selama dua tahun yang dilakukan oleh persatuan tersebut mendapati pihak-pihak seperti peguam dan pemaju ‘dilepaskan’ daripada menerima surat tuntutan daripada bank jika projek perumahan di bawah kendalian mereka terbengkalai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tekanan atau bebanan tuntutan tersebut terus diletakkan di atas bahu pengguna sedangkan wujud aku janji yang diberikan oleh pemaju perumahan dan peguam cara pinjaman kepada pihak bank.

Kata beliau, antara kandungan aku janji berkenaan ialah jaminan peguam dan pemaju perumahan akan membayar kembali wang yang telah dikeluarkan dan dibayar oleh bank semula kepada mereka jika projek perumahan terbengkalai atau tidak siap.

“Tetapi dalam banyak kes, perkara ini tidak berlaku. Kebanyakan bank tidak mengambil tindakan ke atas pemaju atau peguam apabila wujud masalah dalam sesuatu projek perumahan.

“Tindakan atau tuntutan terus ke atas pembeli sekali gus telah menganiaya mereka.” Katanya dalam sidang akbar yang turut dihadiri aktivis PPIM, Sheikh Abdul Kareen S. Khadaied di Kondomunium Vill Puteri, di sini hari ini.

Menurut Nadzim, pihak bank sepatutnya membuat tuntutan terhadap pemaju perumahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan atau memfailkan sama ke atas pembeli.

Beliau berkata, amalan yang berlaku tersebut amat tidak sihat kerana ramai pengguna yang bankrap dan kehilangan kerja.

Sehubungan itu, katanya, PPIM mendesak pihak yang berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat perkara berkenaan kerana is dianggap sebagai satu pencabulan hak pengguna.

“Kita juga akan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) dan Majlis Peguam,” katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Abdul Kareen berkata, amalan yang berlaku itu mesti dihentikan segera kerana ia seolah-olah menganaktirikan pengguna dan apa yang terkandung dalam terma perjanjian jual beli perumahan mesti diikuti.

“Kita ada kes pengguna aktif seperti pegawai tentera dan penguatkuasa yang terpaksa diberhentikan kerja kerana dibankrapkan akibat membuat pinjaman perumahan tetapi ia terbengkalai atau tidak siap,” katanya.

Artikel menarik :




Monday, August 17, 2015

BERITA HARIAN - 17/9/2014 - MdI DIGESA KAJI SEMULA SISTEM

PERATURAN JABATAN INSOLVENSI TAK MEMBANTU

Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bh.com.my

KUALA LUMPUR – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) digesa mengkaji semua system sedia ada supaya ‘keadilan’ dapat diberi, bukan hanya kepada pemiutang, tetapi juga kepada peminjam dan peminjam sebelum mengisytiharkan mereka muflis.

Ini kerana ada kes di mana individu muflis yang mempunyai asset melebihi jumlah hutangnya, namun gagal menyelesaikan status kebankrapan kerana masalah birokrasi dan peraturan Jabatan Insolvensi yang tidak membantu.

Misalnya, kes membabitkan seorang perniaga dari Petaling Jaya yang diisytiharkan muflis kerana pinjaman kenderaan, tetapi turut menghadapi masalah bagi pinjaman perumahan yang mampu dibayarnya.

Dalam kes yang dikendalikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu, bapa kepada tujuh anak itu diisytiharkan muflis selepas gagal membayar pinjaman kereta berjumlah RM40,000 pada 2014.

“Saya menjual kereta itu kepada seorang kawan pada 2002 dan kereta itu mengalami kemalangan yang dikategorikan ‘total lose’ sebelum diisytiharkan muflis pada 2004 kerana ia masih atas nama saya.

Pinjaman rumah
“Pada masa sama, saya ada pinjaman perumahan dengan sebuah bank lain. Projek perumahan itu tergendala pada 2010 tapi saya tetap bayar untuk beberapa tahun.

“Sekarang rumah itu telah siap setelah diambil alih pemaju baharu. Namun pemaju tidak benarkan saya tandatangan perjanjian baharu kerana muflis walaupun saya boleh bayar bayaran bulanan rumah itu memandangkan saya juga menyewa RM900 sebulan.

“Kalau saya dibenarkan masuk ke rumah itu, saya boleh membayar ansuran bulanan rumah dan juga bayaran kereta. Saya berharap pihak Jabatan Insolvensi dapat membantu kerena segala bayaran perlu melalui jabatan itu,” katanya kepada BH.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967, selepas seseorang individu diisytiharkan muflis, segala asetnya dibekukan dan ditadbir MdI.

Semalam, BH melaporkan mengenai kes muflis yang semakin membelenggu rakyat negara ini dengan 68 orang diisytiharkan muflis setiap hari.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaied (gambar), berkata 70 peratus dari keputusan kes muflis dikajinya didapati dibuat tanpa kehadiran individu yang diisytiharkan muflis di mahkamah.

Bukan Penyelesaian
Katanya, dalam kes peniaga di Petaling Jaya, lelongan awam seperti dicadangkan Jabatan Insolvensi bukanlah penyelesaian terbaik kerana peminjam akan mengalami masalah untuk memiliki rumah yang semakin naik harganya saban tahun.

“Individu muflis ini mempunyai aset melebihi nilai hutangnya beliau sekarang ini pun menyewa dengankadar bulanan RM900 dan tentunya dia boleh membayar kepada pihak bank (menerusi skin bayaran balik hutang yang akan dipersetujui bersama)”, katanya.

Artikel menarik :


HARIAN METRO - 23/2/2014 - TETAP TULEN TANPA HOLOGRAM


200 PROTES CNN, FOX NEWS