CONTOH KES

CHAN WEI LIANG (Bukan Nama Sebenar)
DANAU KOTA KL


Setelah menerima surat dari KNM Consulting Services, saya Chan Wei Liang (Bukan Nama Sebenar) telah pergi ke KNM Consulting Services pada pertengahan 13 januari 2015 kerana saya sedang dibankrapkan oleh pihak Affin Bank Berhad untuk satu pinjaman kad kredit berjumlah RM 47,000.00.

Saya telah melantik KNM untuk membantu saya menyelesaikan masalah ini. Pihak KNM telah dengan gigihnya telah membuat penyiasatan dan kemudian telah berbincang dengan pihak bank. Pihak KNM telah berjaya mengurangkan tuntutan daripada 47,000 kepada 23,000. Saya telah jimat RM 24,000. KNM dapat berbuat demikian kerana penyiasatan yang telah KNM lakukan.

Saya telah membayar pihak bank RM 23,000 dan pihak bank telah membatalkan kesemua tindakan atas saya.

Saya teramat terima kasih kepada KNM kerana telah menghantar surat kepada saya dan berusaha mencari penyelesaian terbaik kepada saya. Saya yakin KNM juga boleh menolong orang lain seperti saya.

Terima kasih KNM

KNM BOLEH MEMBANTU ANDA DALAM PELBAGAI MASALAH


2.
MOHAN A/L RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)
PUCHONG


Pada akhir bulan disember setelah menerima surat dari KNM Consulting Services, memberitahu akan tindakan kebankrapan yang telah diambil terhadap saya oleh Capital Mall untuk jumlah sebanyak RM 56,000. Saya telah pergi ke KNM Consulting Services dan mereka telah memberi taklimat yang bagus dan saya telah mengambil keputusan untuk melantik mereka untuk meyelesaikan masalah saya.

Pihak KNM telah menjalankan siasatan dan berbincang dengan Capital Mall. KNM berjaya mengurangkan daripada RM56,000 kepada RM40,000. Kemudian saya telah membuat bayaran dengan pihak Capital Mall dan Capital Mall telah menarik balik tindakan kebankrapan terhadap saya. Terima kasih KNM. Fee yang saya bayar pada KNM berbaloi.

Hari ini saya bebas daripada tindakan kebankrapan dan semua ini bermula daripada menerima surat pemberitahuan daripada KNM. Saya mengucapkan terima kasih kepada KNM dan mensyorkan mereka-mereka yang mempunyai masalah yang sama berjumpa dengan pihak KNM.

Jangan ambil mudah apabila menerima surat dari KNM. KNM mahu menolong tuan-tuan. Sila dapatkan bantuan daripada pihak KNM jika anda ada masalah seperti saya.

Terima kasih KNM

SAYA SEKARANG MENJALANI HIDUP YANG NORMAL TANPA MUFLIS

3.
MARIATUL BTE ISMAIL (Bukan Nama Sebenar)
KG. BARU KL


Saya dan suami saya telah mendapat khidmat KNM Consulting Services setelah menerima surat dari pihak KNM. Pihak peminjam persendirian mengambil tindakan kebankrapan terhadap saya. Saya telah mendapatkan pinjaman persendirian dengan kawan dan sekeluarga saya sendiri. Jumlah tuntutan di Mahkamah pihak tersebut terhadap saya adalah sebanyak RM198,000.00. 

Pihak KNM telah membuat penyiasatan dan rundingan dengan pihak peguam dan pihak yang telah memberi pinjaman kepada saya. Walaupun pihak tersebut tidak memberi kerjasama yang baik pada awalnya, pihak KNM masih berusaha dan akhir sekali dengan berkat usaha dan kesabaran pihak KNM berjaya membuat penyelesaian dan mengurangkan daripada RM198,000 kepada RM 90,000. Saya telah jimat RM108,000. Fee yang saya bayar sangat berbaloi. 

Setelah saya menjelaskan amaun yang dituntut, tindakan kebankrapan telah ditarik balik hidup kami sekeluarga telah kembali aman. 

Ribuan terima kasih KNM yang telah menolong saya. Saya mensyorkan sesiapa yang ada masalah seperti saya untuk hubungi KNM. 

SAYA YAKIN KNM BOLEH MEMBANTU ANDA, KUNJUNGILAH MEREKA

4.
RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

Kes melibatkan Klien yang telah dibankrapkan oleh Bank A dan mempunyai rumah yang ada pinjaman di Bank B. 

Bank A menjatuhkan hukuman kebankrapan RM79,769.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sembilan Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Sembilan) dan Bank B sedang dalam proses melelong hartanya dengan nilai RM76,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Enam Ribu). Harta Klien mempunyai hutang RM55,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Lima Ribu).

KNM Consulting Services dilantik oleh Klien. Setelah mengkaji dokumen kes, di dapati tiada kecuaian atau kezaliman dari pihak bank dan seterusnya KNM CONSULTING SERVICES memasuki perbincangan dengan Bank A. KNM Consulting berjaya mendapatkan penyelesaian muktamad RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu), jimat RM54,769.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Empat Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh Sembilan). Bank B bersetuju untuk membatalkan lelongan harta klien dan bayaran bulanan diteruskan oleh Klien seperti biasa. Fee yang di kenakan RM 5,000.00 sahaja.

5.
MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

Bank A telah mengiklankan kebankrapan Klien untuk hutang RM88,743.08 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Tiga dan Sen Lapan ). 

Penyelidikan KNM Consulting Services (KNM) yang intensif dari pelbagai sudut telah berjaya membuktikan bahawa Klien telah selesai membayar semua tuntutan hutang di bank dan tindakan bank mengiklankan kebankrapan Klien di akhbar adalah satu tindakan yang salah. 

Oleh itu apabila fakta-fakta hasil siasatan KNM ini diberikan kepada pihak bank, pihak bank telah menarik balik status kebankrapan Klien. Pada awalnya pihak bank agak sukar untuk memberi semua dokumen untuk siasatan, tetapi dengan mengunakan peruntukan undang-undang sediada KNM berjaya mendapatkan semua maklumat. Kerja-kerja tuntutan ganti rugi sedang berjalan. Fee RM5,000.00

6.
MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)


Klien telah dibankrapkan oleh Bank A di atas pembelian satu rumah.

Penyelidikan KNM berjaya membuktikan; rumah tidak wujud dan tidak pernah dibina oleh pemaju. Lot tanah yang sepatutnya dibina rumah adalah satu jalan raya. Penyelidikan juga membuktikan bank telah membayar kepada pemaju walaupun rumah tidak dibina.Pemaju juga telah didapati menuntut dari Bank sedangkan mereka tidak mendirikan rumah.

Klien telah dapat satu perintah mahkamah supaya pemaju membayar balik kepada pihak bank. Walaubagaimana pun pihak bank telah meneruskan tindakan kebankrapan keatas klien. Akibatnya Klien suami isteri telah dilanda kemurungan yang teruk dan kehilangan pekerjaan. Penyelidikan mendalam telah dilakukan dan hasil penyelidikan telah diserah kepada klien, yang kemudian telah melantik peguam untuk membatalkan kebankrapan dengan jayanya. Klien juga telah berjaya mendapat balik bayaran yang telah dibayar kepada pemaju. 

Sekarang, KNM sedang membantu klien membuat tuntutan terhadap BANK yang membankrapkan mereka.

Fee RM5,000.00 ( tidak termasuk guaman)

7.
CREDIT CARD


Klien mendapat kad kredit dari Bank A yang telah tidak beroperasi kira-kira lapan (8) tahun selepas bank A telah dibeli oleh Bank B. Baki hutang Klien dengan Bank A adalah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu). 

Selepas sepuluh (10) tahun, Bank B telah menuntut Klien membayar RM48,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu) dan menuntut untuk mengisytiharkan kebankrapan ke atas Klien. 

Setelah KNM Consulting Services membuat penyelidikan berdasarkan semua fakta berkaitan, dan perbincangan dengan pihak bank serta Klien, keputusannya Klien hanya membayar RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) kepada bank sebagai bayaran muktamad. Fee kami hanya RM3,000.00 dan Klien jimat RM45,000.00.

8.
AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)


Kami ada seorang pelanggan Azizah Binti Hussin (bukan nama sebenar) yang mempunyai tunggakan sebanyak RM63,009.40 dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB). Beliau merupakan seorang suri rumah. Suaminya bekerja sebagai pegawal keselamatan dengan gaji RM1500 sebulan dan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. 

Atas masalah peribadi dan pendapatan yang terhad, mereka tidak mampu untuk meneruskan pembayaran rumah. Akibatnya rumah yang mereka duduki akan dilelong oleh pihak MBSB. Oleh sebab itu, beliau telah melantik kami KNM Consulting Services sebagai wakil untuk menyelesaikan masalah beliau dengan pihak MBSB.

Setelah itu, KNM Consulting Services telah berunding dengan pihak MBSB sendiri untuk mendapatkan status pinjaman dan dokumen yang diperlukan. Menurut pihak MBSB, rumah mereka akan dilelong jika tidak membuat pembayaran. Kami telah mencadangkan agar beliau membuat penjadualan semula pembayaran kepada pihak MBSB dan berjumpa pegawai zakat. Disebabkan pelanggan tidak mampu untuk membuat pembayaran secara ansuran, kami telah mengaturkan pertemuan pelanggan dengan pegawai zakat yang berkaitan.

(Dalam Proses Bantuan Zakat)

3 comments: