Thursday, September 3, 2015

Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

Seramai 40 orang pembeli rumah hari ini tampil membuat laporan polis bagi mendedahkan penipuan dari pihak pemaju yang berkomplot bersama pihak perbankan Islam yang meluluskan pinjaman perumahan mereka.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, tindakan pihak bank amat memalukan kerana bank-bank yang terlibat adalah dari sistem perbankan Islam dan bukan sistem perbankan konvesional.

"Pihak perbankan Islam yang terlibat dalam kes rumah yang terbengkalai ini hanya mengeluarkan kira-kira 10 hingga 70 peratus, tetapi apa yang mereka tuntut sehingga RM300,000.

Artikel menarik :

TESTIMONI PELANGGAN KAMI - MARIATUL

UTUSAN MALAYSIA - 25/12/2013 - WANITA BEBAS DARIPADA MUFLIS RM84 JUTA

KAMI PERJUANG HAK ANDA

Kerajaan, Kementerian Kewangan Harus Perhalusi Sistem Perbankan Islam PPIM

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd Kareem S. Khadaied hari ini menggesa kementerian kewangan agar memandang serius dan memperhalusi sistem perbankan islam yang dipraktiskan oleh bank-bank di negara.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan yang diterima oleh persatuan berkenaan mengenai bank yang mengamalkan sistem perbankan islam seolah-olah membebankan para peminjam perumahan meskipun terlibat dalam projek rumah terbengkalai.

Artikel menarik :

UTUSAN MALAYSIA - 25/12/2013 - WANITA BEBAS DARIPADA MUFLIS RM84 JUTA

KAMI PERJUANG HAK ANDA

UTUSAN MALAYSIA - 13/10/2014 - KAJI TERPERINCI BERHUBUNG KESELURUHAN ASPEK HALAL

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA

Wednesday, September 2, 2015

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

Persatuan pengguna islam malaysia, PPIM menyuarakan kebimbangan terhadap sesetengah institusi kewangan yang menyalahgunakan urusniaga berlandaskan islam.

Perkara ini lebih membimbangkan kerana laporan yang diterima persatuan berkenaan mencecah ribuan kes dengan jumlah 3 billion ringgit.

60 hingga 70 peratus kes membabitkan urusan kewangan berlandaskan islam, manakala selebihnya melibatkan urusniaga kewangan perbankan secara convensional.

Menurut aktivis pengguna PPIM, abdul kareem said khadaied terdapat banyak kes berkaitan perbankan islam disalah gunakan secara sengaja. Ia sekaligus melanggar dan menghina prinsip islam itu sendiri.

Tambahnya, PPIM menggesa majlis raja-raja serta majlis fatwa kebangsaan mengkaji semula penggunaan perbankan islam yang sering disalah gunakan bagi mengaut keuntungan sesetengah pihak.

PPIM juga meminta perkara ini dikaji segera dan tindakan diambil bagi membersihkan penghinaan nyata yang dilakukan oleh segelintir pihak yang ingin mengaut keuntungan segera.

Artikel menarik :

KAMI PERJUANG HAK ANDA

UTUSAN MALAYSIA - 13/10/2014 - KAJI TERPERINCI BERHUBUNG KESELURUHAN ASPEK HALAL

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA

What Is Your Opinion On Islamic Banking? Sheikh Imran Hosein 8 March

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Berkisar tentang isu pembeli rumah yang terus terbeban untuk membayar pinjaman bank walaupun rumah yang dijanjikan tidak wujud akibat projek perumahan terbengkalai. Pihak pemaju, peguam perumahan dan juga pihak perbankan Islam yang bertanggungjawab terus berdiam diri tanpa ada sebarang penyelesaian. 

Justeru pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama mangsa-mangsa yang terlibat telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari ini.

- Gerakkan Kuasa Pengguna -

Artikel menarik :

HARIAN METRO - 18/5/2014 - HUTANG KECIL, HUKUMAN BESAR

UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2014 - PPIM, MAWAR GESA BOIKOT SEMUA PRODUK MONDELEZ MALAYSIA

UTUSAN MALAYSIA - 3/6/2014 - PPIM MINTA JELAS KEDUDUKAN SEBENAR

BERITA HARIAN - 18/9/2014 – SYOR HAD MUFLIS RM30,000 DIKAJI

Sheikh Imran Hosein - Islam Dan Masa Depan Wang

Penjelasan dari Sheikh Imran mengenai apa itu wang dan apa akan jadi kepada wang itu sendiri di masa hadapan dari perspektif Islam, moga bersama mendapat manafaat insyaallah.

Artikel menarik :




HUBUNGI KAMI UNTUK BANTUAN

Tuesday, September 1, 2015

Perbankan Islam Menjual Nama Agama Islam?

Posted by Taufik Naaim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Tiada niat ingin menyerang mana-mana ulama ataupun pakar perunding kewangan Syariah dari mana-mana bank mahupun institusi kewangan Islam. 

Hanya ingin gambarkan apa yang terbuku di hati ini mengenai Perbankan Islam di mata pembayar hutang. Itu sahaja.

Ianya mungkin benar, mungkin tidak. Siapa yang tahu? Siapa yang ambil kisah untuk ambil tahu?
Kenapa Riba/interest itu haram?

Adakah kerana riba itu menindas dan menzalimi?
Adakah kerana riba itu memudharatkan?
Adakah kerana riba itu melibatkan masa (time value of money)?
Adakah kerana riba itu membawa kepada kebinasaan?
Adakah kerana bank tidak menggunapakai istilah yang Islamik?
Adakah kerana bank tidak mengupah perunding kewangan Syariah yang bertauliah?
Adakah kerana bank tidak mendapat sijil halal?

Cuba anda bezakan situasi di bawah, yang mana satu Islamik dan Konvensional?

(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas) 

Apa bezanya? Watak berlainan tapi situasi yang sama. Kedua-duanya menindas/menzalimi si peminjam dari segi kewangan. 

Quote satu statement seorang penasihat syariah tersohor Malaya, yang berbunyi lebih kurang begini: 

"Perbankan Islam vs Perbankan Konvensional itu sama macam kahwin. Ada yang disertakan nikah/akad (halal) dan ada yang tak nikah (tidak halal). Tapi kedua-duanya (sedap) dapat anak juga" 

Maaflah tak dapat berikan nama sebenar beliau, cukup sekadar pembayang beliau ini sering tampil di kaca tv membincangkan hal muamalat. 

Amat setuju dengan kata beliau. Walaupun pada dasarnya beliau ingin menegakkan bahawa kahwin yang disertakan nikah/akad adalah halal (Islamik). Tetapi sedapnya kepada siapa? Siapa yang akan menanggung anak itu? 

Simboliknya, tanpa mengira Islamik atau tidak, bank adalah pihak yang akan sentiasa mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari transaksi ini. 

Dan sebagai pembayar hutang, di manakah letaknya bebanan anda?
Di mana letaknya bebanan penindasan bank ni?
Bank menekan anda membayar untung kepada mereka berlipat kali ganda?
Apakah ini bukan penindasan? kezaliman?

Tidak di nafikan, bukan semua prisip Perbankan Islam yang diolah pakar perunding kewangan Syariah masakini kucar kacir bercirikan kapitalis. 

Namun gelisah melihat trend perbankan kini. Mungkin bola mata tak mampu tembus pandang setiap lapisan. Hari ini Perbankan Konvensional dikecam kerana mengamalkan konsep kapitalis menindas, sehingga berlaku krisis ekonomi hutang tidak terbayar. 

Apa bezanya dengan situasi Perbankan Islam? Dengan jumlah hutang/penindasan yang sama, mampukah para perunding kewangan Syariah kini menangkis serangan krisis ekonomi kelak?

Artikel menarik :

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA

What Is Your Opinion On Islamic Banking? Sheikh Imran Hosein 8 March

HUBUNGI KAMI UNTUK BANTUAN

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa - Ceramah Penuh