Friday, August 7, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 26/9/2013 - PETRONAS DAGANGAN JANGAN ANAKTIRIKAN USAHAWAN BUMIPUTERA – PPIM

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Petronas Dagangan Berhad (PDB) digesa tidak menganaktirikan usahawan bumiputera terutama dalam memberi peluang perniagaan di rangkaian Kedai Mesra Petronas demi mencapai keuntungan semata-mata.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu dilihat tersasar jauh daripada hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum Melayu dan bumiputera seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Tidak ramai usahawan bumiputera menghantar produk mereka untuk dijual di Kedai Mesra Petronas kerana tidak mampu membayar yuran penyenaraian yang mahal.

"Walau bagaimanapun, kita menerima aduan daripada salah seorang pembekal sedia ada yang sudah membekalkan produk lebih lima tahun lalu tetapi cuba disingkirkan pihak syarikat itu sendiri untuk memberi laluan kepada pengusaha luar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPNBM), Datuk Dr. Mohd Noor Ali Akbar dan Aktivis PPIM, Sheikh Abd. Kareem Sheikh Khadaied.

Menurut Nadzim, aduan diterima pihaknya langsung tidak mencerminkan peranan PDB sebagai anak syarikat di bawah Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang juga merupakan syarikat milik kerajaan (GLC).

Berdasarkan pemantauan pihaknya di Lembah Klang misalnya, kata beliau, terdapat kira-kira lima peratus sahaja usahawan bumiputera yang membekalkan produk mereka di Kedai Mesra Petronas.

"Ini tidak termasuk bilangan premis perniagaan yang diperuntukkan Petronas di gedung beli-belah miliknya seperti Suria KLCC dan Alamanda yang rata-rata disewa peniaga antarabangsa berbanding bumiputera," katanya.

Menurut beliau, Petronas seharusnya mempunyai rangka kerja lebih teliti dalam usaha membantu golongan berkenaan dengan memberi peluang berkembang maju dalam bidang ekonomi.

Sehubungan itu, pihaknya mahu PDB memberi penjelasan berhubung isu itu, selain berharap kerajaan dapat mengambil tindakan tegas membela nasib ekonomi bumiputera.

Artikel menarik :

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH

BERITA HARIAN - 13/4/2014 - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS

RAKYAT NEWS - 3/11/2014 - ARTIS DIGALAKKAN MENGIKUTI SEMINAR HIBURAN DAN ISLAM

KUALA LUMPUR 3 Nov - Para penggiat seni tanah air sama ada daripada Industri Filem dan Industri Musik digalakkan Mengikuti Seminar Hiburan dan Islam anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) bagi membincangkan dengan lebih mendalam berhubung perpekstif hiburan dalam Islam.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaled berkata seminar tersebut diharap dapat menyelesaikan masalah industri industri hiburan yang kini dilihat semakin membimbangkan.

"Kita mempunyai ramai peserta daripada para dan pegawai agama tetapi tidak ramai daripada indusri filem dan musik.

"Penggiat seni diminta hadir ke seminar ini bagi bersama-sama membincangkan secara mendalam untuk mencari jalan tengah bagi kebaikan bersama," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media disini, hari ini.

Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang perbincangan telah dilakukan oleh para ulamak dan penggiat seni seperti seminar yang akan diadakan itu.

"Kita akan mengupas dengan lebih mendalam berhubung apa yang dikatakan dengan 'Hiburan' daripada perpekstif Islam.

"Belum ada satu perbincangan yang menyeluruh antara para ulamak dan penggiat seni bagi bersama melihat industri ini untuk kebaikan masyarakat," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata suntikan baru akan dapat disuntik kepada peserta yang menghadiri seminar yang akan berlangsung selama dua hari itu. 

"Seminar ini bertujuan memberi suntikan baru kepada masyarakat kita supaya dapat melihat satu perpekstif yang lebih positif terhadap apa yang kita ada pada hari ini amat membimbangkan," katanya. 

Seminar Hiburan dan Islam tersebut akan diadakan di Institut Integriti di Jalan Duta pada 6 sehingga 7 Disember bulan hadapan dengan penyertaan dibuka kepada 100 orang peserta sahaja.

Artikel menarik :

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH

BERITA HARIAN - 13/4/2014 - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS

AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)

Thursday, August 6, 2015

BERITA HARIAN - 6/11/2014 - PPIM KESAL PENGELUAR TAK SENSITIF

Label Botol Air Mineral Dicetak Imej Patung Dewa Hindu

Oleh NOR AZIZAH MOKHTAR
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan sebuah syarikat pengeluar air mineral tempatan yang meletakkan imej patung dewa Hindu pada label botol air mineral keluaran mereka yang disifatkan tidak peka dengan sensitiviti agama.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareen Said Khadaled, berkata pengeluar air mineral terbabit sepatutnya peka dengan sensitiviti agama kerana produk itu dijual secara terbuka termasuk kepada orang islam.

“Ada juga logo halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) pada botol minuman bekenaan, tapi pada masa yang sama turut memaparkan imej kuil Hindu (patung dewa Hindu) di Batu Caves, Selangor. Ini penghinaan terhadap logo halal dan menimbulkan kemarahan penganut Islam,” katanya.

Buat laporan

Bercakap kepada pemberita selepas bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Sedunia, membuat lapoan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini semalam, beliau meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAKIM mengambil tindakan terhadap pengeluaran air mineral berkenaan.

“Syarikat itu jelas tidak menghormati sensitiviti agama, selain tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini. Imej yang dipaparkan pada label itu menimbulkan keraguan dan ketidakselesaan pengguna Islam walaupun ada logo halal,” katanya.

Difahamkan, imej patung dewa Hindu itu dicetak pada label produk berkenaan bertujuan mempromosi kawasan tarikan pelancong di negara ini sempena kempen Tahun Melawat malaysia 2014.

Artikel menarik :

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH

BERITA HARIAN - 13/4/2014 - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS

AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)

SINAR HARIAN - 19/12/2013 - INDIVIDU MUFLIS DIBANTU

UTUSAN MALAYSIA - 15/4/2014 - BELIA MUFLIS AKIBAT BELANJA LUAR KEMAMPUAN

MUFLIS atau bangkrap adalah perkataan yang paling digeruni kerana sekiranya ia berlaku banyak kesan buruknya.

Setiap orang apabila dtanyakan soalan berkaitan kepentingan wang dalam kehidupan biasanya, ada yang menjawab wang bukan segala-galanya dan ada juga yang menjawab tanpa wang kita tidak boleh mengecapi kebahagiaan hidup.

Kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan kebanyakan daripada kita menjadi tekanan dan kerana tidak dapat mengurus kewangan dengan baik akhirnya hutang piutang tidak dapat dibayar dan menyebabkan seseorang menjadi muflis.

Justeru, perlu diingatkan dari peringkat remaja lagi agar mengawal perbelanjaan dengan bijak dan jangan ikut nafsu semasa berbelanja.

Secara purata, setiap hari dianggarkan terdapat 14 orang diisytiharkan muflis atau bankrap di negara ini. Ini berlaku kerana sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan.

Sejumlah 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Hari ini, semakin ramai belia yang muflis, gara-gara menanggung beban hutang yang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi.

Perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 menunjukkan seramai 243,823 orang diisytiharkan muflis. Sebanyak 57 peratus daripadanya berusia di bawah 45 tahun.

Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih menyedihkan 15 peratus daripada mereka tiada tabung dan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan.

Perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan wang menjadi faktor utama masalah hutang. Hal ini membawa kepada bebanan hutang secara belebihan.

Gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan yang semakin meruncing dalam kalangan remaja.

Mereka merasakan status orang muda bagaikan tercabar sekiranya tidak mengikut trend masa kini dari segi penampilan dan gajet. Hal ini membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan. Maklumlah hendak membayar bil internet, telefon, kelab gimnasium dan perbelanjaan makan minum.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok itu mengakui berbelanja melebihi gaji bulanan. Kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan kewangan menjadi punca kepada kemelut bebanan hutang golongan tersebut.

Jika dilihat dari peratusan kes kebangkrapan yang paling tinggi kepada golongan ini adalah membabitkan pinjaman kenderann iaitu 25.13 peratus, diikuti persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.13 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad credit, 4.9 peratus.

Implikasi muflis ada macam-macam. Antaranya, menyebabkan seseorang itu tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam.

Seorang pegawai pemegang harta akan ditugaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindakan anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang. Anda juga tidak boleh ke luar negara.

Antara langkah bijak untuk mengelakkan berlakunya perkara ini adalah ibu bapa jangan terlalu akur dengan kehendak anak-anak yang meminta barangan berjenama atau sentiasa mahu menukar gajet. Anak-anak perlu dididik dari kecil lagi tentang perancangan kewangan yang betul.

Terangkan kepada mereka yang mana menjadikan keperluan dan prioriti perlu diutamankan daripada mengikut kehendak arus semasa.

Dalam pada itu, Sekretariat Bebas Muflis perlu berperanan agar penggunaan khidmat CTOS yang banyak menyusahkan orang ramai dari segi maklumat yang tidak dikemaskini dan menimbulkan ketidakadilan dan penganiayaan ini, dikaji semula atau dihentikan terus dan digantikan serta diuruskan oleh pihak kerajaan sendiri dalam menetukan status kredit seseorang untuk dinilai oleh institusi kewangan dan sebagainya.

Proses pinjaman dan lain-lainnya seharusnya juga dinilai semula agar tidak timbul masalah dari segi penjamin, teranaiya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini.

Selain itu, program-program motivasi dan kewangan seperti yang diadakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit harus diperhebatkan.

Program yang dijalankan ini bertujuan memupuk tabiat meminjam secara bijak sekali gus menggalakkan budaya pembayaran semula pinjaman secara konsisten.

Jika berlaku muflis, dunia belum kiamat lagi kerana masih ada cahaya di hujung terowong. Tetapi sebelum itu, ukurlah baju di badan sendiri. Ukurlah ketebalan dompet dan jumlah wang akaun bank. Ukurlah gaji bulanan dan hutang yang perlu dilunaskan. Sama-samalah kita saling mengingati. Salam 1Hati.

DR. JESSICA ONG HAI LIAW
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia.

Artikel menarik :

BERITA HARIAN - 13/4/2014 - 200 PEMBELI RUMAH MUFLIS

AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)

SINAR HARIAN - 19/12/2013 - INDIVIDU MUFLIS DIBANTU

Wujudkan Kezalimam Dalam Perbankan Islam?

Wednesday, August 5, 2015

SINAR HARIAN - 3/8/2015 - KOPERASI ARTIS LESAPKAN DUIT PELABUR



KUALA LUMPUR - Seramai 38 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera mendakwa ditipu sebuah koperasi melibatkan seorang artis terkenal membabitkan barangan bernilai RM4.8 juta yang sehingga kini belum dilunaskan.

Bayaran itu tidak termasuk wang deposit RM3,000 yang harus dibayar setiap usahawan bagi setiap jenis produk yang dianggarkan berjumlah 85 produk yang rata-ratanya terdiri daripada makanan seperti lempeng pisang, tepung kek, pes asam pedas Melaka, pes kuah laksa dan sebagainya.

Wakil kepada 38 usahawan itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata, koperasi itu menawarkan kepada usahawan untuk membantu memasarkan produk ke sebuah pasar raya terkenal di negara ini bagi tempoh setahun.

"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki sertamembayardeposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.

"Kami begitu teruja memandangkan inilah peluang kami untuk memasarkan produk, tanpa syak apa-apa kami tandatangan surat perjanjian pada 4 Februari lalu," katanya kepada Sinar Harian dalam satu Sidang Media khas semalam.

Menurutnya, pihak koperasi berjanji akan membayar produk yang dibekalkan itu dalam tempoh 30 hingga 45 hari namun hingga kini mereka gagal melunaskannya.

"Dalam masa tuntutan dibuat, mereka secara tiba-tiba memaklumkan kontrak bersama pasar raya berkenaan dibatalkan atas alasan yang tidak munasabah.

"Mereka kemudiannya mengaku berjaya mendapat kontrak dengan sebuah pasar raya lain di Sabah dan berjanji akan pasarkan produk kami di sana," dakwanya.

Beliau berkata, pada awalnya semua usahawan tidak mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

"Sehinggalah terdapat di kalangan usahawan yang menerima cekbayaran namun kecewa dan terkilan selepas mendapati cek berkenaan adalah cek tendang.

"Selepas menunggu lama, pada 26 Mei lalu, kami ke pejabat koperasi itu untuk menuntut penjelasan.

"Kami kecewa apabila dihalang daripada berjumpa dengan Ahli Lembaga koperasi oleh beberapa lelaki ala-ala gengster hingga menyebabkan saya ditahan di lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selama sehari atas tuduhan mengugut.

"Kami cuma nak dapatkan hak kami melalui cara yang profesional namun mereka gagal beri maklum balas yang sebaiknya, bila kita nak jumpa elok-elok, mereka buat laporan polis kata kami ugut walhal usahawan yang pergi sana semua golongan wanita berusia 45 tahun ke atas," katanya.

Shamsul Shah berkata, sudah lebih lima bulan usahawan menunggu koperasi melunaskan bayaran namun hingga kini gagal.

"Ekoran itu, semua usahawan buat laporan polis di balai yang berbeza namun tiada tindakan hingga memaksa kami membuat laporan di Bukit Aman dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tindakan lanjut.

"Justeru itu, kami berharap SKM, PDRM, KPDNKK, dan BPA mengambil tindakan tegas terhadap koperasi yang cuba memperdaya kami agar tiada lagi usahawan lain yang diperdaya mereka," katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak SKM memperkasa pemantauan supaya setiap Ahli Lembaga koperasi tidak menyalahgunakan kuasa.

Sungguh menyedihkan apabila terdapat di kalangan usahawan IKS itu terpaksa membuatpinjaman ah long sebagai modal untuk menyiapkan barangan itu dan mereka kini diburu Ah Long gara-gara gagal membayar semula pinjaman.

Mereka kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah produk habis diambil koperasi malah duit yang menjadi harapan gagal dipulangkan.

Bekas kakitangan kerajaan, Norhafiza Zainal Abidin, 33, berkata, dia dan suami amat teruja dengan tawaran itu dan kerana tidak cukup modal terpaksa meminjam ah long sebanyak RM3,000.

"Memandangkan bayaran itu gagal dilunaskan, kami dicari Ah Long sepanjang masa hingga menyebabkan kami terpaksa tumpang di rumah emak dan saudara lain.

"Lebih menyedihkan rumah kami di Keramat jadi sasaran disimbah cat," katanya yang menghasilkan produk kicap Char Kuew Tiow.

Seorang lagi usahawan yang menghasilkan lempeng pisang, Roziah Wagini, 57, terpaksa meminjam wang berjumlah RM13,000 daripada saudara maranya sebagai modal menghasilkan produk itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buloh berkata, dia kini terpaksa menebalkan muka apabila gagal membayar semula pinjaman itu kepada mereka mengikut tempoh yang dijanjikan.

"Kami amat sedih, barang kami diambil mereka dan duit gagal dipulangkan.

"Raya kali ini amat tidak bermakna dengan keadaan yang kami lalui ini sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dengan perniagaan IKS," katanya sebak.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi Ahli Lembaga koperasi yang berpangkat Pengarah Urusan bagaimanapun beliau mengakui sudah diberhentikan daripada koperasi berkenaan sejak April lalu.

Beliau yang dilantik Pengarah Urusan koperasi hanya selama empat bulan mengakui sudah tidak ada kena mengena dengan koperasi itu.

Wartawan juga gagal menghubungi pengerusi koperasi yang juga seorang pelakon terkenal untuk mendapatkan penjelasan.

Artikel menarik :

AZIZAH (Bukan Nama Sebenar)

SINAR HARIAN - 19/12/2013 - INDIVIDU MUFLIS DIBANTU

Wujudkan Kezalimam Dalam Perbankan Islam?

'Pinjaman Islam' Sepatutnya Tidak Membebankan

Tuesday, August 4, 2015

Bagaimana Nak Hidup Jika Tidak Meminjam?

"Habis tu macam mana nak beli rumah kereta? Duduk dalam hutan, duduk dalam gua?" Itu adalah respons biasa daripada manusia kebanyakan apabila diberitahu bahawa pinjaman sistem perbankan baik konvensional mahupun islamik adalah haram. Moga penjelasan dari Sheikh Imran ini mampu memberikan ketukan buat minda untuk berfikir.


Wujudkan Kezalimam Dalam Perbankan Islam?

'Pinjaman Islam' Sepatutnya Tidak Membebankan

Puisi Merdeka

Monday, August 3, 2015

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa - Ceramah Penuh

Ceramah oleh Sheikh Imran Hossein dari Trinidad Tobago mengenai sistem kewangan antarabangsa dari sudut Islam. Sistem yang menindas kesemua umat manusia ini diasaskan dengan penipuan oleh pihak yang mahu menghambakan manusia dan menakluki dunia. Tontonan wajib bagi mereka yang mahu melihat dunia ini dari sudut yang berbeza.


'Pinjaman Islam' Sepatutnya Tidak Membebankan

Puisi Merdeka

Perbankan Islam Menjual Nama Agama Islam?