Friday, January 8, 2016

SINAR HARIAN - 8/1/2016 - BANK DIDAKWA TEKAN PELANGGAN


Ditulis oleh NURULFATIHA MUAH

PERSATUAN Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank) mendakwa beberapa institusi perbankan Islam di negara ini tidak mematuhi syariah dan menekan pelanggan.

Pengerusinya, Sheikh Abd Kareem Said Khadaied berkata, hasil kajian dijalankan pihaknya selama tiga tahun mendapati, terdapat banyak masalah yang dihadapi pelanggan perbankan Islam dari segi prinsip, kontrak dan pelaksanaannya.

“Kami telah teliti sebanyak 422 kes melibatkan institusi perbankan Islam dan kes ini masih lagi berjalan serta belum mendapat penyelesaiannya,” katanya pada sidang media sempena Seminar Kewangan & Perbankan Islam dan Perlindungan & Hak Pengguna di Kuala Lumpur.

Sheikh Abd Kareem berkata, antara penemuan hasil kajian itu, sebanyak 200,000 projek perumahan terbengkalai dicatatkan sejak 1990 hingga 2011.

“Kira-kira 60 peratus daripada jumlah itu merupakan peminjam daripada institusi perbankan Islam. Mereka dituntut pihak bank untuk membayar disbursement dan ada juga sesetengah bank tersebut membuat tuntutan sejumlah amaun yang tidak munasabah.

“Ia menyalahi prinsip Islam. Sepatutnya, dalam kes begini pengguna boleh mengambil tindakan terhadap bank kerana tidak dapat menyediakan rumah, sedangkan ia kepunyaan bank, namun kerana terbengkalai, bank gagal mendapatkannya,” katanya.

Selamat Pagi


Thursday, January 7, 2016

GADIS BAWAH UMUR TERSELAMAT DARI BANKRAP

Suria (bukan nama sebenar) seorang gadis bawah umur telah menandatangani satu perjanjian sewa dengan sebuah syarikat. Beliau kemudiannya telah dikenakan tindakan saman tuntutan hutang oleh syarikat tersebut sebanyak RM56,000. Hasil daripada kajian forensik yang mendalam dibuat oleh KNM Consulting Services, kami mendapati Saman Tuntutan yang difailkan terhadap beliau adalah cacat. Pertama; perjanjian tersebut tidak sah kerana Suria adalah gadis bawah umur dan kedua; terma-terma tuntutan tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Bagi kes ini terdapat dua penyelesaian yang boleh dibuat, iaitu samada mengambil tindakan mahkamah atau membuat rundingan dengan syarikat tersebut. Melalui rundingan yang di buat oleh pihak KNM Consulting Services dengan pihak yang berkenaan, pihak penuntut telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan terhadap Suria tanpa beliau perlu hadir ke mahkamah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-2698 5768

#belasengsarahutang.blogspot.com
#www.facebook.com/perkhidmatanpengurusanKNM
#Khidmat nasihat dan bantuan akan diberikan

Selamat Pagi