Friday, August 14, 2015

HARIAN METR0 - 13/4/2015 - TUNTUTAN MELAMPAU PINJAMAN

MANGSA PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DIPAKSA JELAS HUTANG SISTEM PERBANKAN ISLAM
Oleh IKRAM ISMAIL
ikram.ismail@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR

Pembeli rumah mangsa projek perumahan terbengkalai yang meminjam menerusi system perbankan Islam merayu kerajaan mengkaji semula syarat tidak masuk akal dan membebankan peminjam.

Antara syarat terbabit ialah peminjam perlu menjelaskan bayaran keseluruhan pinjaman mengikut perjanjian ditandatangani walaupun rumah tidak dapat diduduki.

Pembeli rumah Fazilah Ishak, 44, berkata, dia kesal menggunakan sistem perbankan Islam bagi perjanjian pinjaman rumah.

“Sudahlah rumah tak siap kerana pemaju gulung tikar, sistem perbankan Islam menekan kami dengan mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut keseluruhan bayaran ansuran.

“Pembeli seperti saya bukan tidak mahu menjelaskan bayaran ansuran, tetapi apabila ditanya apa saya dapat selepas membayar, pihak bank cuma menyatakan nama saya tidak akan disenarai hitam,” katanya.

Fazilah membeli rumah berkembar di Taman Desa Perwira, Kuala Langat pada 2005 dengan meminjam sebanyak RM259,400.

“Ketika menandatangani perjanjian terbabit, saya diberitahu, jumlah terbabit adalah bayaran maksimum, dan tidak bermakna saya perlu membayar semuanya kerana masih berkadaran dengan kadar pinjaman asas (BLR) ditetapkan.

“Berdasarkan perjanjian itu, keseluruhan bayaran perlu saya bayar sekarang ialah RM597,000 dan ini berbeza dengan orang lain yang membayar kurang jika meminjam menggunakan sistem perbankan konvensional,” katanya.

Semalam, kira-kira 40 pembeli rumah terbengkalai yang menggunakan khidmat pinjaman perbankan Islam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Bagi jurutera, Nurazam Aziz, 35, kerana percaya kepada rakan yang bekerja sebagai ejen hartanah untuk membeli rumah teres setingkat, namanya kini disenaraihitam daripada membuat pinjaman lain.

“Saya kecewa kerana ini rumah pertama saya beli untuk keluarga di Taman Mutiara, Sabak Bernam.

Kini saya terpaksa menyewa rumah kerana tidak boleh membuat pinjaman di institusi kewangan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini pihak bank membekukan sementara bayaran ansuran setelah perbincangan dilakukan.

“Namun selepas ini, kami tiada pilihan selain menjelaskan ansuran apabila tempoh pembekuan tamat,” katanya Sementara itu, Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abd Kareem Said Khadaied ketika sidang media berkata, pihak berwajib perlu membuat siasatan berikutan tiada tindakan diambil selepas laporan dibuat.

“Menyedihkan bila kebanyakan pembeli rumah terbengkalai yang menggunakan sistem perbankan Islam disaman di mahkamah.

“Pada kami, sistem perbankan Islam membuat tuntutan melampau berbanding sistem konvensional,” katanya.

Menurutnya, PPIM menganggarkan sekurang-kurang 60 peratus dari 200,000 pembeli rumah terbengkalai di seluruh negara mengambil skim perbankan Islam.

“Saya menyeru mereka yang menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan polis dan menghubungi pihak kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan daripada pembeli rumah terbabit.

“Kami akan menjalankan siasatan terperinci kerana kes ini membabitkan banyak institusi kewangan berlainan,” katanya.

Artikel menarik :

HARIAN METRO - 23/2/2014 - TETAP TULEN TANPA HOLOGRAM


200 PROTES CNN, FOX NEWS

RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

Thursday, August 13, 2015

HARIAN METRO - 18/5/2014 - HUTANG KECIL, HUKUMAN BESAR

Graduan yang gagal memperoleh pekerjaan selepas disenarai hitam oleh syarikat rujukan kredit Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) hanya kerana kegagalan menjelaskan RM50 antara bekas pelanggan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan talian jalur lebar tempatan.

Lebih memeranjatkan, sebilangan bekas pelanggan syarikat terbabit menerima surat menyatakan mereka terpaksa membayar semula bil walaupun pembayaran dibuat.

Seorang pengendali laman Facebook yang diwujudkan mengenai isu berkenaan, Mohd Rizuani Mohd Yahya, 39, berkata, dia menerima banyak aduan berkenaan syarikat penyedia perkhidmatan talian Internet terbabit.

“Setiap hari purata e-mel aduan diterima ialah lima dan saya salurkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan meminta mereka menghantar aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sejak kebelakangan ini, banyak aduan diterima daripada bekas pelanggan yang terkejut kerana perlu membayar walaupun menjelaskan bil mereka dua tahun dulu,” kata-nya yang juga bekas pelanggan yang ditamatkan perkhidmatan kerana kelantangannya.

Mohd Rizuani berkata, ada kes di mana pelajar gagal dalam permohonan mendapatkan pembiayaan pendidikan hanya kerana bil berjumlah RM74.

“Pelajar terbabit menjelaskan semua bil tetapi tidak tahu ada bil tambahan perlu dijelaskan. Dia hanya mengetahui disenarai hitam ketika permohonan pembiayaan pendidikan ditolak,” katanya.

Mohd Rizuani berkata, SKMM sepatutnya melihat kes itu secara serius.

“Kenapa pihak pengendali itu boleh sesuka hati menambah syarat perjanjian bahawa pelanggan mereka boleh disenarai hitam. Ini seperti melanggar hak pengguna,” katanya ketika ditemui di pejabat PPIM.

Mohd Rizuani berkata, laman Facebook di bawah kendaliannya kini mempunyai 23,000 ahli.

“Yang menyedihkan, hampir separuh daripada mereka adalah pelajar universiti yang masih gagal menjelaskan pembayaran kerana diikat kontrak 24 bulan.

“Kebanyakan mereka melanggan perkhidmatan ini kerana terpengaruh dengan promosinya. Malangnya selepas dua bulan, perkhidmatan-nya mengecewakan dan mereka terus tidak menggunakannya lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya meminta nasihat dengan pihak guaman.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang berdasarkan aduan diterima jika pihak penyedia Internet gagal menyelesaikan kemelut terbabit,” katanya.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman pula berkata, pihaknya akan meneliti perkara ini.

“Isu ini adalah isu lama dan kita pernah ambil tindakan sebelum ini,” katanya.

Artikel menarik :


200 PROTES CNN, FOX NEWS

RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

Wednesday, August 12, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2014 - PPIM, MAWAR GESA BOIKOT SEMUA PRODUK MONDELEZ MALAYSIA

KUALA LUMPUR 29 Mei - Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim (Mawar) menggesa seluruh masyarakat di negara ini memboikot semua produk makanan keluaran Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd.

Ketua Biro Penyelidikan dan Pembangunan Insan PPIM, Sheikh Abd. Kareem Sheikh Khadaied berkata, tindakan itu berikutan isu penemuan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) dalam dua sampel coklat milik Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang ber-operasi di bawah syarikat itu.

Jelasnya, tindakan memboikot kesemua produk itu adalah berpatutan kerana timbulnya keraguan terhadap produk makanan lain yang diusahakan oleh syarikat sama.

"PPIM dan Mawar amat kecewa terhadap tindakan syarikat-syarikat tersebut yang mengambil ringan tentang isu makanan bersih dan halal kepada masyarakat di negara ini, terutamanya komuniti beragama Islam.

"Tindakan mereka menipu pengguna dengan menafikan kandungan DNA babi pada label produk perlu dihukum kerana menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983," katanya dalam sidang akhbar berkaitan isu tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pre-siden Mawar, Abd. Alim Sidique Zakariah dan Penasihatnya, Bazeer Ahmed.

Sheikh Abd. Kareem memberi-tahu, pihaknya telah melakukan tinjauan dan pemantauan bagi mengenal pasti kedai yang masih menjual produk coklat milik Cadbury di pasaran.

"Setakat ini hampir 20 peratus kedai dan gedung harian telah me-nunjukkan kerjasama dengan tidak menjual produk itu kepada pengguna. Diharapkan lebih banyak lagi dapat menunjukkan kerjasama menghentikan penjualan produk daripada syarikat itu," katanya.

Sementara itu, Bazeer berkata, tindakan memboikot produk keluaran Mondelez Malaysia dan Cadbury adalah wajar untuk memberi pengajaran tentang pentingnya menjaga sensitiviti kaum khususnya golongan beragama Islam di negara ini serta mematuhi peraturan produk halal.

"Dengan memboikot produk keluaran kedua-dua syarikat itu diharap dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka tentang pentingnya mematuhi peraturan barangan halal. Tindakan ini akan berterusan sehingga mereka dapat membuktikan produk mereka selamat dimakan," Katanya.

Artikel menarik :

200 PROTES CNN, FOX NEWS

RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

Tuesday, August 11, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 3/6/2014 - PPIM MINTA JELAS KEDUDUKAN SEBENAR

KUALA LUMPUR 2 Jun - Penjelasan tentang kedudukan sebenar status halal produk coklat syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) perlu diberikan kepada seluruh umat Islam di negara ini berikutan perbezaan keputusan ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu isu serius dan harus ditangani segera bagi mengelakkan lebih banyak keraguan serta persepsi negatif dilemparkan oleh masyarakat terhadap produk berkenaan.

"Banyak persoalan yang timbul ketika ini. Cadbury dan Kementerian Kesihatan perlu memberi jawapan bagaimana DNA babi boleh wujud dalam sampel pertama sebelum ini. Bagaimana pula boleh tercemar ketika dijual di luar?

"Saya berharap satu kenyataan yang jelas dapat diberikan secara bersama oleh ketiga-tiga pihak terlibat bagi menjelaskan isu itu kepada seluruh umat Islam kerana saya percaya ramai masih keliru dan tidak yakin dengan keputusan yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengesahan Jakim terhadap produk coklat Cabbury yang diambil terus daripada kilang syarikat tersebut yang dikesan tidak mengandungi DNA babi.

Namun Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi.

Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim (Mawar), Bazeer Ahmed berkata, satu perbincangan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan terlibat perlu diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar tentang produk makanan tersebut.

"Perlu ada satu pendekatan yang pragmatik untuk menyelesaikan isu ini. Kesemua pihak terlibat perlu diberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya terjadi kerana isu makanan bersih dan halal kepada masyarakat terutama komuniti beragama Islam bukan satu perkara kecil dan boleh diambil ringan.

"Nasib pekedai dan peruncit juga perlu diberi perhatian. Ramai daripada mereka yang terpaksa menyimpan produk syarikat tersebut kerana tidak mahu berdepan cercaan pelanggan yang masih marah dengan apa yang berlaku. Pihak pembekal juga tidak datang untuk mengambil semula produk mereka," katanya.


MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

BERITA HARIAN - 18/9/2014 – SYOR HAD MUFLIS RM30,000 DIKAJI

Bank Digesa Beri Amaran, Notis Awal Elak Lebih Ramai Jadi Mangsa.

Oleh SYED AZWAN SYED ALI
syedazwan@bh.com.my

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula had muflis RM30,000 bagi mengelakkan lebih ramai rakyat diisytiharkan muflis pada usia muda. 

Jumlah pinjaman, misalnya harga sebuah kereta sudah jauh melebihi had itu, sekali gus menyebabkan lebih ramai individu boleh diisytiharkan muflis jika gagal menguruskan kewangan dengan betul. 

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar)menggesa pihak bank mengeluarkan notis amaran lebih awal selepas peminjam gagal membayar pinjaman mengikut jadual dan tidak mengikut jadual dan tidak menunggu pinjaman tertunggak sehingga melebihi had muflis RM30,000 untuk memaklumkan kepada peminjam. 

Katanya, kegagalan pihak bank memberi amaran atau notis awal kepada peminjam antara sebab ramai individu diisytiharkan muflis kebelakangan ini. 

Hubungi peminjam
“Ada kes tunggakannya melebihi dua tahun. Pihak bank sepatutnya memberi amaran dan menghubungi peminjam apabila gagal membayar pinjaman dua atau tiga bulan dan bukannya menunggu sehingga tunggakan mencecah bertahun-tahun. 

“Kita juga akui ada dalam kalangan peminjam sengaja mencari masalah dengan melarikan diri mengelakkan notis dihantar bank selain tidak mengemaskini alamat selepas berpindah. Sepatutnya pihak ini, terus ke hadapan,” katanya mengulas isu muflis yang dilaporkan BH kelmarin. 

Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan bilangan individu muflis meningkat setiap tahun dengan 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Artikel menarik :

MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

Monday, August 10, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 22/9/2014 - STATUS PROJEK DIPERSOAL

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Sebuah projek pembangunan perumahan berdekatan Pandan Lake Club dekat sini menimbulkan tanda tanya kepada penduduk di 57 kediaman di sekitar kawasan itu apabila tiada dokumen sah serta penjelasan diberikan kepada mereka.

Difahamkan projek itu melibatkan pembinaan empat blok bangunan 52 tingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pandan Perdana, Hashim Mahmud, 58, berkata, dalam beberapa sesi dialog yang diadakan antara badan bertindak itu bersama penduduk, kesemuanya sebulat suara membantah projek tersebut.

"Sehingga hari ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih tidak bertemu dengan penduduk bagi menjelaskan status projek berkenaan.

"Kami juga kecewa terhadap wakil rakyat di kawasan ini yang sepatutnya membela nasib penduduk, namun tidak pernah turun padang mendengar masalah kami," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Biro Penyiasatan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd. Kareem S. Khadaied dan Pengerusi Persatuan Gerakan Kesedaran Sivil Malaysia, Jenice Lee Ying Ha.

Sementara itu, Sheikh Abd. Kareem mempersoal kelulusan yang diberi kepada pihak pemaju untuk meneruskan projek oleh MPAJ.

"Penduduk berasa bimbang kerana kawasan ini mungkin tidak boleh menampung pembinaan sebesar ini dan bakal menimbulkan masalah lain seperti kelancaran lalu lintas serta bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh.

"Selain itu, terdapat juga aduan oleh penduduk bahawa pihak pemaju telah datang dari rumah ke rumah untuk memeriksa keadaan kediaman mereka, tetapi tiada sebarang dokumen sah ditunjukkan.

"Ini termasuk nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sepatutnya tertera pada surat yang ditunjukkan pihak terbabit," katanya.

Tambahnya, pihak berkenaan tidak layak membuat pemeriksaan itu jika tidak berdaftar dengan SSM.

"Malah papan tanda yang biasanya digunakan oleh pihak pemaju di tapak projek dibangunkan juga tidak kelihatan dan perkara itu menambahkan keraguan penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Jenice Lee turut mempertikaikan tindakan pihak pemaju yang memaklumkan kepada penduduk yang sebelum ini mereka sudah memasuki kediaman di kawasan terbabit untuk kaji selidik peringkat awal.

"Sebanyak 57 buah rumah telah menerima surat daripada pihak berkenaan pada 20 Ogos lalu memperkenalkan diri mereka sebagai pemaju, tetapi kini dimaklumkan pula bahawa mereka adalah juruukur bebas.

"Siapakah mereka yang sebenarnya hingga boleh masuk ke rumah penduduk sesuka hati," ujarnya.

Artikel menarik :

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

CREDIT CARD

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

UTUSAN MALAYSIA - 4/11/2014 - PPIM ANJUR SEMINAR KEBANGSAAN HIBURAN DAN ISLAM

KUALA LUMPUR 3 NOV. – Seminar Kebangsaan Hiburan dan Islam yang bakal diadakan di Institud Integriti Malaysia dari 6 hingga 7 Disember ini bertujuan untuk mengupas pelbagai isu dalam industri hiburan negara berlandaskan ajaran islam.

Seminar anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Yayasan Ihtiman Malaysia itu akan menghimpunkan beberapa ulama dan penggiat seni tanah air untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea tentang hiburan dalam Islam serta kepentingannya kepada masyarakat.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, hiburan memainkan peranan penting dalam kehidupan hari ini termasuk mempengaruhi pembentukan sahsiah dan keperibadian masyarakat.

“Perkembangan industri hiburan semakin pesat hari demi hari dengan kemunculan pelbagai program sama ada melibatkan nyayian mahupun lakonan.

“Namun, adakah kita sedar jika perkembangan tersebut boleh membawa kebaikan atau sebaliknya dalam kehidupan terutamanya berdasarkan Islam?” katanya dalam sidang akhbar seminar tersebut disini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied.

Dalam pada itu, Nadzim menjelaskan tiada sekatan hiburan dalam islam selagi tidak melanggar syariah yang ditetapkan.

Katanya, keghairahan industri hiburan tempatan hari ini untuk menerbitkan pelbagai rancangan atau program yang boleh menarik perhatian penonton perlu diteliti agar tidak menjejaskan nilai-nilai murni yang ditetapkan oleh islam.

“ Seminar ini bukan untuk menghentam mana-mana penggiat seni di Malaysia tetapi Cuma sebagai satu platform bagi membincangkan isu-isu yang dibolehkan atau sebaliknya dalam hiburan dan islam,” ujarnya.

Seminar menyasarkan 100 penyertaan yang terdiri daripada penggiat-penggiat seni, ulama dan tokoh agama.

Antara penceramah yang akan membentangkan kertas kerja dalam seminar itu termasuklah Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Pengurus Ace Motion Picture Snd. Bhd., Aziz M. Osman.

Merek yang ingin menyertai seminar tersebut boleh menghubungi Sheikh Abdul Kareem menerusi 012-621 7866 atau talian tetap PPIM 03-42577222 dan 03-42566618.

Artikel menarik :

CREDIT CARD

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH