Thursday, July 30, 2015

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA






Artikel menarik :

Perbankan Islam Menjual Nama Agama Islam?

Sheikh Imran Hosein - Islam Dan Masa Depan Wang

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

UTUSAN MALAYSIA - 13/10/2014 - KAJI TERPERINCI BERHUBUNG KESELURUHAN ASPEK HALAL


KUALA LUMPUR 12Okt. - Satu kajian terperinci dalam keseluruhan aspek halal perlu dilakukan bagi mengelakkan matlamat asal peraturan halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersasar.


Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Pesatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareen Said Khadaied (gambar) berkata, perkara utama yang harus dilihat adalah halal bukan sahaja terkandung dalam aspek fizikal dan kerohanian sebaliknya merangkumi pembangunan ekonomi umat islam.


Beliau berkata, dalam hubungan itu, Jakim perlu mewajibkan semua syarikat yang memohon sijil halal mempunyai akaun perbankan islam yang bertujuan memastikan dana pinjaman syarikat mahupun kewangan syarikat tidak terlibat dalam riba.


“Kajian seperti ini penting. PPIM sejak sekian lama mendesak supaya hanya satu badan dipertanggungjawabkan untuk menjaga isu halal,” katanya semasa menjadi panel bagi Tajuk Pensijilan Halal, Industri Untung Besar, Matlamat Islam Tersasar sempena Forum Pengguna 2014 anjuran PPIM, disini hari ini.


Sementara itu, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu malaysia (DPMM), Datuk Mohammad Alayuddin Che Hasan mencadangkan kerajaan termasuk Jakim mewajibkan hanya orang islam bertugas di bahagian pemprosesan halal di semua syarikat yang akan dan telah memiliki sijil halal.


Beliau berkata, melalui kaedah tersebut jaminan halal produk yang dijual oleh syarikat berkenaan adalah lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat yang meletakkan golongan bukan islam iaitu mereka yang tidak memahami konsep halal.


“Ramai orang tahu maksud halal tetapi hanya secara asas. Halal bukan aspek makanan semata-mata tetapi barangan seperti farmaseutikal dan kosmetik turut mempunyai kaitan dengan aspek halal,” katanya.

Artikel menarik :

Sheikh Imran Hosein - Islam Dan Masa Depan Wang

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

Wednesday, July 29, 2015

KAMI PERJUANG HAK ANDA

· Dianiaya syarikat kormersial
· Rumah kena lelong
· Diisytihar bankrap
· Muflis kerana penjamin sosial
· Masalah dengan agensi kerajaan
· Masalah dengan pihak bank
· Masalah rumah terbengkalai
· Masalah tuntutan insuran
· Masalah korporat
· Ditipu oleh pemaju
· Lain-lain isu

Artikel menarik :

Berita : Kezaliman Perbankan Islam

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV


Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

UTUSAN MALAYSIA - 25/12/2013 - WANITA BEBAS DARIPADA MUFLIS RM84 JUTA


KUALA LUMPUR 24 Dis. – Seorang bekas pengarah syarikat yang pernah diisytiharkan muflis sebanyak RM84 juta, Radziah Hussein, 57, kini mampu menjalanI kehidupan seperti biasa apabila bebas daripada maaslah tersebut sejak 15 Disember lalu.

Hasil khidmat nasihat dan bantuan yang diberikan oleh Sekretariat Bebas Muflis dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) awal tahun ini. Radziah berjaya keluar daripada masalah tersebut yang dihadapinya sejak tahun 2001.

Radziah ketika ditemui pemberita berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekretariat PPIM yang banyak membantunya untuk keluar daripada masalah tersebut.

Katanya, selepas berita mengenai masalahnya disiarkan di media cetak dan elektronik, pihak bank dan Jabatan Insolvensi telah datang bagi menguruskan masalah berkenaan.

“Sebelum ini, saya berasa teranaiaya dan tiada tempat mengadu disebabkan ditipu oleh bekas majikan. Lebih malang lagi, saya juga telah menerima surat muflis daripada Jabatan Insolvensi tanpa diberikan sebarang surat amaran.

“Alhamdulillah, semua berjalan baik dan pihak sekretariat banyak membantu bagi menyelesaikan masalah ini dan hasilnya pada 15 Disember lalu, saya menerima surat bebas muflis dari pihak Jabatan Insolvensi,” katanya dalam sidang akbar anjuran PPIM di sini hari ini.

Radziah mendakwa, masalah muflis itu berlaku ketika berkhidmat dengan syarikat lamanya, apabila dia sering digunakan oleh bekas majikan untuk menandatangani dokumen-dokumen pinjaman bank di atas nama syarikat.

Katanya, lebih malang lagi dia hanya menyedari telah muflis apabila diberitahu berhutang dengan sebuah bank sebanyak RM72 juta ketika mengikuti suaminya ke China selepas berhenti kerja di syarikat berkenaan.

“Disebabkan saya percaya dan majikan memberi jaminan supaya tidak perlu bimbang memandangkan beliau sendiri menjadi penjamin untuk semua pinjaman, saya akur dengan setiap permintaannya untuk menandatangani dokumen-dokumen pinjaman bank.

“Tetapi tidak disangka, kepercayaan dan juga niat mahu membantu syarikat akhirnya membawa padah kepada diri sendiri apabila saya diberitahu telah muflis kerana tidak membayar hutang pinjaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, lebih 200,000 individu yang diisytihar muflis diseru supaya tampil ke hadapan untuk menyemak status bagi mengelakkan mereka dianaiya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya minta mereka datang kepada Sekretariat Bebas Muflis untuk mendapatkan khidmat nasihat, dan kita akan minta sekretariat untuk menkaji sama ada proses melalui prosedur yang betul,” katanya.

Artikel menarik :

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV


Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

The Islamic Banking Deceit - Dato' Abdul Manap

TESTIMONI PELANGGAN KAMI - MARIATUL

MARIATUL BTE ISMAIL
KG. BARU KL

Saya dan suami saya telah mendapat khidmat KNM Consulting Services setelah menerima surat dari pihak KNM. Pihak peminjam persendirian mengambil tindakan kebankrapan terhadap saya. Saya telah mendapatkan pinjaman persendirian dengan kawan dan sekeluarga saya sendiri. Jumlah tuntutan di Mahkamah pihak tersebut terhadap saya adalah sebanyak RM198,000.00.

Pihak KNM telah membuat penyiasatan dan rundingan dengan pihak peguam dan pihak yang telah memberi pinjaman kepada saya. Walaupun pihak tersebut tidak memberi kerjasama yang baik pada awalnya, pihak KNM masih berusaha dan akhir sekali dengan berkat usaha dan kesabaran pihak KNM berjaya membuat penyelesaian dan mengurangkan daripada RM198,000 kepada RM 90,000. Saya telah jimat RM108,000. Fee yang saya bayar sangat berbaloi.

Setelah saya menjelaskan amaun yang dituntut, tindakan kebankrapan telah ditarik balik hidup kami sekeluarga telah kembali aman.

Ribuan terima kasih KNM yang telah menolong saya. Saya mensyorkan sesiapa yang ada masalah seperti saya untuk hubungi KNM.

SAYA YAKIN KNM BOLEH MEMBANTU ANDA, KUNJUNGILAH MEREKA.


Artikel menarik :


Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

The Islamic Banking Deceit - Dato' Abdul Manap

Islamikkah Perbankan Islam?

TESTIMONI PELANGGAN KAMI - MOHAN A/L RAMASAMY

MOHAN A/L RAMASAMY
PUCHONG

Pada akhir bulan disember setelah menerima surat dari KNM Consulting Services, memberitahu akan tindakan kebankrapan yang telah diambil terhadap saya oleh Capital Mall untuk jumlah sebanyak RM 56,000. Saya telah pergi ke KNM Consulting Services dan mereka telah memberi taklimat yang bagus dan saya telah mengambil keputusan untuk melantik mereka untuk meyelesaikan masalah saya.

Pihak KNM telah menjalankan siasatan dan berbincang dengan Capital Mall. KNM berjaya mengurangkan daripada RM56,000 kepada RM40,000. Kemudian saya telah membuat bayaran dengan pihak Capital Mall dan Capital Mall telah menarik balik tindakan kebankrapan terhadap saya. Terima kasih KNM. Fee yang saya bayar pada KNM berbaloi.

Hari ini saya bebas daripada tindakan kebankrapan dan semua ini bermula daripada menerima surat pemberitahuan daripada KNM. Saya mengucapkan terima kasih kepada KNM dan mensyorkan mereka-mereka yang mempunyai masalah yang sama berjumpa dengan pihak KNM.

Jangan ambil mudah apabila menerima surat dari KNM. KNM mahu menolong tuan-tuan. Sila dapatkan bantuan daripada pihak KNM jika anda ada masalah seperti saya.

Terima kasih KNM

SAYA SEKARANG MENJALANI HIDUP YANG NORMAL TANPA MUFLIS

Artikel menarik :

Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

The Islamic Banking Deceit - Dato' Abdul Manap

Islamikkah Perbankan Islam?

Uzar Vs Bank Negara

TESTIMONI PELANGGAN KAMI - CHAN WEI LIANG

CHAN WEI LIANG
DANAU KOTA KL

Setelah menerima surat dari KNM Consulting Services, saya Chan Wei Liang telah pergi ke KNM Consulting Services pada pertengahan 13 januari 2015 kerana saya sedang dibankrapkan oleh pihak Affin Bank Berhad untuk satu pinjaman kad kredit berjumlah RM 47,000.00.

Saya telah melantik KNM untuk membantu saya menyelesaikan masalah ini. Pihak KNM telah dengan gigihnya telah membuat penyiasatan dan kemudian telah berbincang dengan pihak bank. Pihak KNM telah berjaya mengurangkan tuntutan daripada 47,000 kepada 23,000. Saya telah jimat RM 24,000. KNM dapat berbuat demikian kerana penyiasatan yang telah KNM lakukan.
Saya telah membayar pihak bank RM 23,000 dan pihak bank telah membatalkan kesemua tindakan atas saya.

Saya teramat terima kasih kepada KNM kerana telah menghantar surat kepada saya dan berusaha mencari penyelesaian terbaik kepada saya. Saya yakin KNM juga boleh menolong orang lain seperti saya.

Terima kasih KNM

KNM BOLEH MEMBANTU ANDA DALAM PELBAGAI MASALAH


Artikel menarik:



#PPIM: HOSPITAL SWASTA DIGESA BERHENTI 'MENIPU' PESAKIT


Hospital swasta di disaran supaya memberi perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira kerakyatan bagi menjaga imej dan nama baik negara dimata dunia.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa pihaknya menerima banyak aduan oleh pelancong dari seluruh negara terutama daripada pelancong Indonesia, Timur Tengah dan Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk pelancongan perubatan.

"Setakat ini kami menerima lebih 50 aduan dari seluruh negara termasuk yang datang untuk pelancongan perubatan mengenai perkhidmatan hospital swasta di negara ini.
"Rata-rata mereka mengadu mengenai ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan disediakan seperti kecuaian pihak hospital, caj mahal, rawatan yang tidak betul serta tersalah pembedahan," katanya.





Menurutnya lagi, pihak hospital swasta juga turut mengenakan kos-kos tersembunyi yang hanya diketahui pesakit sewaktu proses pembayaran dilakukan.

“Sebagai contoh, pesakit yang menerima rawatan di hospital, setiap kali jururawat bertegur ‘Hai’ dan ‘Apa Khabar’ sahaja, ada yang dikenakan caj sehingga RM700 hingga RM1,000.
“Malah, ada doktor yang bercuti dan tidak merawat pesakit, tetapi apabila bil dikeluarkan seolah-olah doktor tersebut ada membuat rawatan terhadap pesakit dan hospital mengenakan caj ikut suka hati mereka,” Tegas beliau.

Dalam sidang media yang sama, ahli perniagaan Siti Marzairinah Osman, 51 menceritakan pengalamannya dan mendakwa dikenakan caj yang mahal semasa mendapatkan rawatan membuang ketumbuhan di hospital swasta di ibu negara.


"Tiga setengah tahun lepas, saya dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk membuang ketumbuhan dan saya terkejut kerana dikenakan caj RM300,000 untuk pembedahan yang kecil.


"Saya juga dinafikan hak untuk mendapatkan laporan perubatan saya. Saya meneliti bil, dan mendapati banyak yang tidak kena," katanya.


Berikutan itu, Siti Marzairinah berkata, beliau terpaksa menjual hartanahnya bagi menjelaskan bil rawatannya itu.

"Saya kehilangan pekerjaan dan saya kini dalam proses menyaman hospital terbabit.
"Berdasarkan pengalaman, orang ramai perlu terlebih dahulu bertanya sebelum mendapatkan rawatan. Saya berharap orang ramai tidak akan menjadi mangsa seperti saya," katanya.
Dalam pada itu, bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta, Nadzim menggesa kerajaan mencari kaedah yang sesuai untuk memulihkan persepsi dan mutu perkhidmatan hospital berkenaan.

Artikel menarik :

Islamikkah Perbankan Islam?

Uzar Vs Bank Negara

Sheikh Imran Hosein - Beware! Islamic Banking Is The Back Door Riba (Interest, Usury)

Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

BERNAMA - 27/7/2015 - CALL FOR STRINGENT CONDITIONS IN ACID SALE AND PURCHASE

KUALA LUMPUR, July 27 (Bernama) -- More stringent conditions regarding the sale and purchase of acid should be imposed to prevent the corrosive substance from being used for criminal purposes.

Malaysian Muslim Consumers' Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said efforts should also be made to record the details of the buyers.

"Besides self-made, acid can be obtained easily on the MARKET. If we can get the buyer's details through registration, at least it can help curb criminal acts," he told Bernama.

He was asked to comment on the acid attack incident in Kampung Baru Bakar, Kuala Kedah, which injured five men on Saturday.

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman, who supported the proposed registration, said the perpetrator could be easily detected if being registered.

Mohd Yusof also suggested that acid should be classified as a controlled toxic substance like certain medicines. "The authorities should segregate between the non-hazardous and hazardous acids and determine whether it can be sold openly or under control," he said.

Malaysian Crime Prevention Awareness Board (LKPJM) vice-president Dr Lee Nan Sang suggested that the government should consider reducing the level of acidity in essential substances such as liquid detergent.

-- BERNAMA

Artikel menarik:

Uzar Vs Bank Negara


Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

Berita : Kezaliman Perbankan Islam