Wednesday, July 29, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 25/12/2013 - WANITA BEBAS DARIPADA MUFLIS RM84 JUTA


KUALA LUMPUR 24 Dis. – Seorang bekas pengarah syarikat yang pernah diisytiharkan muflis sebanyak RM84 juta, Radziah Hussein, 57, kini mampu menjalanI kehidupan seperti biasa apabila bebas daripada maaslah tersebut sejak 15 Disember lalu.

Hasil khidmat nasihat dan bantuan yang diberikan oleh Sekretariat Bebas Muflis dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) awal tahun ini. Radziah berjaya keluar daripada masalah tersebut yang dihadapinya sejak tahun 2001.

Radziah ketika ditemui pemberita berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekretariat PPIM yang banyak membantunya untuk keluar daripada masalah tersebut.

Katanya, selepas berita mengenai masalahnya disiarkan di media cetak dan elektronik, pihak bank dan Jabatan Insolvensi telah datang bagi menguruskan masalah berkenaan.

“Sebelum ini, saya berasa teranaiaya dan tiada tempat mengadu disebabkan ditipu oleh bekas majikan. Lebih malang lagi, saya juga telah menerima surat muflis daripada Jabatan Insolvensi tanpa diberikan sebarang surat amaran.

“Alhamdulillah, semua berjalan baik dan pihak sekretariat banyak membantu bagi menyelesaikan masalah ini dan hasilnya pada 15 Disember lalu, saya menerima surat bebas muflis dari pihak Jabatan Insolvensi,” katanya dalam sidang akbar anjuran PPIM di sini hari ini.

Radziah mendakwa, masalah muflis itu berlaku ketika berkhidmat dengan syarikat lamanya, apabila dia sering digunakan oleh bekas majikan untuk menandatangani dokumen-dokumen pinjaman bank di atas nama syarikat.

Katanya, lebih malang lagi dia hanya menyedari telah muflis apabila diberitahu berhutang dengan sebuah bank sebanyak RM72 juta ketika mengikuti suaminya ke China selepas berhenti kerja di syarikat berkenaan.

“Disebabkan saya percaya dan majikan memberi jaminan supaya tidak perlu bimbang memandangkan beliau sendiri menjadi penjamin untuk semua pinjaman, saya akur dengan setiap permintaannya untuk menandatangani dokumen-dokumen pinjaman bank.

“Tetapi tidak disangka, kepercayaan dan juga niat mahu membantu syarikat akhirnya membawa padah kepada diri sendiri apabila saya diberitahu telah muflis kerana tidak membayar hutang pinjaman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, lebih 200,000 individu yang diisytihar muflis diseru supaya tampil ke hadapan untuk menyemak status bagi mengelakkan mereka dianaiya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya minta mereka datang kepada Sekretariat Bebas Muflis untuk mendapatkan khidmat nasihat, dan kita akan minta sekretariat untuk menkaji sama ada proses melalui prosedur yang betul,” katanya.

Artikel menarik :

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV


Pihak Pemaju Dan Pihak Perbankan Komplot Tipu Pembeli

The Islamic Banking Deceit - Dato' Abdul Manap

1 comment:

  1. Nampaknya saya perlu berjuang juga untuk dapatkan status bebas hutang dan muflis.

    ReplyDelete