Wednesday, September 2, 2015

Kezaliman Sistem Perbankan Islam - MetronewsKL-PPIM TV

Persatuan pengguna islam malaysia, PPIM menyuarakan kebimbangan terhadap sesetengah institusi kewangan yang menyalahgunakan urusniaga berlandaskan islam.

Perkara ini lebih membimbangkan kerana laporan yang diterima persatuan berkenaan mencecah ribuan kes dengan jumlah 3 billion ringgit.

60 hingga 70 peratus kes membabitkan urusan kewangan berlandaskan islam, manakala selebihnya melibatkan urusniaga kewangan perbankan secara convensional.

Menurut aktivis pengguna PPIM, abdul kareem said khadaied terdapat banyak kes berkaitan perbankan islam disalah gunakan secara sengaja. Ia sekaligus melanggar dan menghina prinsip islam itu sendiri.

Tambahnya, PPIM menggesa majlis raja-raja serta majlis fatwa kebangsaan mengkaji semula penggunaan perbankan islam yang sering disalah gunakan bagi mengaut keuntungan sesetengah pihak.

PPIM juga meminta perkara ini dikaji segera dan tindakan diambil bagi membersihkan penghinaan nyata yang dilakukan oleh segelintir pihak yang ingin mengaut keuntungan segera.

Artikel menarik :

KAMI PERJUANG HAK ANDA

UTUSAN MALAYSIA - 13/10/2014 - KAJI TERPERINCI BERHUBUNG KESELURUHAN ASPEK HALAL

PERSATUAN PELANGGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN MALAYSIA

What Is Your Opinion On Islamic Banking? Sheikh Imran Hosein 8 March

No comments:

Post a Comment