Wednesday, August 12, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 30/5/2014 - PPIM, MAWAR GESA BOIKOT SEMUA PRODUK MONDELEZ MALAYSIA

KUALA LUMPUR 29 Mei - Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim (Mawar) menggesa seluruh masyarakat di negara ini memboikot semua produk makanan keluaran Mondelez Malaysia Sales Sdn. Bhd.

Ketua Biro Penyelidikan dan Pembangunan Insan PPIM, Sheikh Abd. Kareem Sheikh Khadaied berkata, tindakan itu berikutan isu penemuan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) dalam dua sampel coklat milik Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang ber-operasi di bawah syarikat itu.

Jelasnya, tindakan memboikot kesemua produk itu adalah berpatutan kerana timbulnya keraguan terhadap produk makanan lain yang diusahakan oleh syarikat sama.

"PPIM dan Mawar amat kecewa terhadap tindakan syarikat-syarikat tersebut yang mengambil ringan tentang isu makanan bersih dan halal kepada masyarakat di negara ini, terutamanya komuniti beragama Islam.

"Tindakan mereka menipu pengguna dengan menafikan kandungan DNA babi pada label produk perlu dihukum kerana menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983," katanya dalam sidang akhbar berkaitan isu tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pre-siden Mawar, Abd. Alim Sidique Zakariah dan Penasihatnya, Bazeer Ahmed.

Sheikh Abd. Kareem memberi-tahu, pihaknya telah melakukan tinjauan dan pemantauan bagi mengenal pasti kedai yang masih menjual produk coklat milik Cadbury di pasaran.

"Setakat ini hampir 20 peratus kedai dan gedung harian telah me-nunjukkan kerjasama dengan tidak menjual produk itu kepada pengguna. Diharapkan lebih banyak lagi dapat menunjukkan kerjasama menghentikan penjualan produk daripada syarikat itu," katanya.

Sementara itu, Bazeer berkata, tindakan memboikot produk keluaran Mondelez Malaysia dan Cadbury adalah wajar untuk memberi pengajaran tentang pentingnya menjaga sensitiviti kaum khususnya golongan beragama Islam di negara ini serta mematuhi peraturan produk halal.

"Dengan memboikot produk keluaran kedua-dua syarikat itu diharap dapat memberi kesedaran dan pengajaran kepada mereka tentang pentingnya mematuhi peraturan barangan halal. Tindakan ini akan berterusan sehingga mereka dapat membuktikan produk mereka selamat dimakan," Katanya.

Artikel menarik :

200 PROTES CNN, FOX NEWS

RAMASAMY (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUN (Bukan Nama Sebenar)

MAIMUNAH (Bukan Nama Sebenar)

No comments:

Post a Comment