Monday, August 10, 2015

UTUSAN MALAYSIA - 4/11/2014 - PPIM ANJUR SEMINAR KEBANGSAAN HIBURAN DAN ISLAM

KUALA LUMPUR 3 NOV. – Seminar Kebangsaan Hiburan dan Islam yang bakal diadakan di Institud Integriti Malaysia dari 6 hingga 7 Disember ini bertujuan untuk mengupas pelbagai isu dalam industri hiburan negara berlandaskan ajaran islam.

Seminar anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Yayasan Ihtiman Malaysia itu akan menghimpunkan beberapa ulama dan penggiat seni tanah air untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea tentang hiburan dalam Islam serta kepentingannya kepada masyarakat.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, hiburan memainkan peranan penting dalam kehidupan hari ini termasuk mempengaruhi pembentukan sahsiah dan keperibadian masyarakat.

“Perkembangan industri hiburan semakin pesat hari demi hari dengan kemunculan pelbagai program sama ada melibatkan nyayian mahupun lakonan.

“Namun, adakah kita sedar jika perkembangan tersebut boleh membawa kebaikan atau sebaliknya dalam kehidupan terutamanya berdasarkan Islam?” katanya dalam sidang akhbar seminar tersebut disini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied.

Dalam pada itu, Nadzim menjelaskan tiada sekatan hiburan dalam islam selagi tidak melanggar syariah yang ditetapkan.

Katanya, keghairahan industri hiburan tempatan hari ini untuk menerbitkan pelbagai rancangan atau program yang boleh menarik perhatian penonton perlu diteliti agar tidak menjejaskan nilai-nilai murni yang ditetapkan oleh islam.

“ Seminar ini bukan untuk menghentam mana-mana penggiat seni di Malaysia tetapi Cuma sebagai satu platform bagi membincangkan isu-isu yang dibolehkan atau sebaliknya dalam hiburan dan islam,” ujarnya.

Seminar menyasarkan 100 penyertaan yang terdiri daripada penggiat-penggiat seni, ulama dan tokoh agama.

Antara penceramah yang akan membentangkan kertas kerja dalam seminar itu termasuklah Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Pengurus Ace Motion Picture Snd. Bhd., Aziz M. Osman.

Merek yang ingin menyertai seminar tersebut boleh menghubungi Sheikh Abdul Kareem menerusi 012-621 7866 atau talian tetap PPIM 03-42577222 dan 03-42566618.

Artikel menarik :

CREDIT CARD

BATIK SUTERA ASLI HARAM DIPAKAI LELAKI ISLAM

HARIAN METRO - KDN TERIMA BANYAK ADUAN

KOSMO - 4/11/2013 - SEKRETARIAT BEBAS MUFLIS DITUBUH

No comments:

Post a Comment